Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Turun ke Rompin, Pmtg Pauh tolak GST sokong hudud


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh dengan fokus dua isu iaitu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan hudud dan pindaan Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dapat dilaksanakan di Kelantan.

"PAS dan PKR perlu menang di Rompin dan Permatang Pauh sebagai isyarat bahawa rakyat menolak GST dan menyokong pindaan Akta 355 tersebut," tegas Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan.

Katanya, pandangan akar umbi Permatang Pauh agar PKR mengharmonikan sokongan mereka terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan perlu dihormati bagi memaksimumkan lagi kemenangan di Permatang Pauh.

Menurut beliau, ingatan daripada Presiden PAS perlu diambil perhatian bahawa menjadi kewajipan kepada umat Islam daripada parti mana sekalipun untuk menyokong pelaksanaan hudud.

Jelasnya, ia selaras dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50.

"Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka".

Tambahnya, Allah peringatkan lagi:

"Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu".

"Dewan Ulamak PAS Pusat sekali menyeru seluruh ahli PAS pelbagai peringkat turun menjalankan tugas sepanjang tempoh berkempen dua pilihan raya kecil khususnya di Rompin," ujarnya. -HARAKAHDAILY 23/4/2015

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau PAS benar2 ikhlas nak laksanakan hudud isytiharkan jihad lah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.