Isu salib: Bincang dulu, usah resahkan masyarakat
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
berkata, penduduk yang membantah pemasangan lambang salib di Taman
Medan, Petaling Jaya pada Ahad sepatutnya mengadakan perbincangan dengan
pihak berkaitan kerana ia boleh menimbulkan keresahan masyarakat.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat Kabinet hari ini mengambil maklum dan membincangkan mengenai bantahan sekumpulan penduduk itu terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai.
"Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan penduduk berkenaan yang telah mengadakan bantahan di hadapan premis berkenaan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya, hari ini.
Najib menjelaskan, Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan serta keharmonian kaum di negara ini dan ia melindungi semua agama serta kaum.
"Selain itu, kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat menghormati antara kaum yang berbeza agama," katanya.
Menurut Najib lagi, kerajaan negeri Selangor berkuasa ke atas status rumah kedai terbabit sama ada ia telah didaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dipetik sebagai berkata, peserta demontrasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiada unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan itu.
"Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib berkenaan, " lapor Bernama.
Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersifat berat sebelah dalam menguatkuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar undang-undang.

1 orang berkata:
PM kata Polis akan menjalankan siasatan.
KPN kata dah kaji dan siasat, tiada unsur di bawah Akta Hasutan.
Mana satu betul ni? Dah siasat ke belum?
Post a Comment