Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kecaman Kepada Keputusan Mahkamah Mesir Yang Mengenakan Hukuman Gantung terhadap Mursyidul Am Ikwanul Muslimin, Dr Muhammad Badie dan 13 Yang Lain

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerima dengan penuh rasa pilu dan dukacita berita Mahkamah kanggaru Mesir yang mengenakan hukuman gantung terhadap Mursyidul Am Ikwanul Muslimin, Dr Muhammad Badie dan 13 orang yang lain. Kami mengutuk sekerasnya hukuman yang zalim,kejam lagi tidak bertamadun yang dilakukan oleh pemerintahan Kudeta yang diketuai oleh Jeneral As Sisi. Pemerintahan As Sisi ini adalah hasil daripada rampasan kuasa yang dilakukan olehnya pada Julai 2013. Mereka menjatuhkan hukuman melalui Mahkamah Tentera yang telah membicarakan orang awam dan dinafikan hak perbicaraan secara adil. Masyarakat dari serata dunia sewajarnya mengutuk perbuatan tidak zalim pada era demokrasi moden ini. Institusi Mahkamah Mesir sudah pun  kehilangan penghormatan dan maruahnya apabila ia menjadi alat rejim untuk menganiayai masyarakat awam khususnya pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin.


2. Pertubuhan Hak Asasi turut menyuarakan bantahan mereka atas tindakan kejam rejim ini terhadap para peserta demonstrasi yang telah ramai ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Tentera. Hakikatnya, rejim As Sisi ini tidak pun mendapat sokongan umum melainkan golongan tentera. Kami mendesak agar kuasa diberikan kembali kepada rakyat Mesir untuk memilih mereka yang benar-benar layak untuk menjadi kerajaan melalui kaedah demokrasi yang adil, telus dan terbuka.

3. Kami menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan antarabangsa yang lain untuk memberikan tekanan kepada rejim Mesir untuk membatalkan hukuman mati terhadap Dr Badie dan semua ahli Ikhwan yang lain dan juga menuntut pembebasan semua tahanan politik semenjak berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2013.

4. PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama mendoakan agar demokrasi di Mesir dapat dipulihkan kembali serta pembebasan semua tahanan politik yang dipenjarakan rejim As Sisi. Kita tetap menyatakan solidariti kebersamaan seiring dengan rakyat Mesir yang mengharapkan keadilan dan kebenaran ditegakkan semula di bumi Mesir.

YB Dato’ Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.