Tun boleh buat Umno kalah, jika terus kritik
SHAH ALAM - Tindakan berterusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak boleh
membuatkan Umno kalah dalam PRU14.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
sekiranya Dr Mahathir sayang kepada Umno dan mahukan kemenangan dalam
PRU, beliau kena hentikan kritikan terbuka kepada Perdana Menteri.
"Tun Dr Mahathir perlu bersama-sama dengan Perdana Menteri untuk
majukan parti. Kita ada banyak saluran untuk mengkritik pemimpin seperti
dilakukan oleh bahagian dan cawangan. Saluran terakhir diperingkat
Perhimpunan Agong Umno.
"Kalau semua kritik secara terbuka, saya percaya akan huru-hara. Ini yang saya harap tidak berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang lantang mempersoalkan pentadbiran Najib.
Mengulas mengenai beberapa dakwaan lain, beliau berkata, Perdana
Menteri sudah menjelaskannya, berkaitan 1MDB: "ketua audit, Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan polis juga
mengumumkan siasatan akan dibuat."
"Kita kena tunggu siasatan selesai. Macam mana dalam kes 1MDB boleh dikatakan kes penyelewengan.
"Siasatan belum selesai... PM pun kata dah siapa yang terlibat tidak akan dlindungi," katanya.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan, dalam mesyuarat
kabinet pun mereka ada berbincang setiap psoalan perlu dijawab.
"Saya percaya semua persoalan yang ditimbulkan perlu dijawab. PM pun dah jawab bukan dia tidak jawab.
"Berkaitan kes Sirul Azhar pun dia dah bersumpah dengan nama ALLAH. Isu jet pun telah diterangkan," katanya.
Katanya, isunya ialah masih lagi diulang-ulang, oleh itu kena tunggu siasatan.
Dalam masa sama, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera,
merayu agar kritikan terbuka dihentikan kerana ia boleh melemahkan
parti.
"Setakat ini kita masih merayu agar Tun menyokong kepimpinan Najib. Prinsip umno ialah kita menjunjung kepimpinan parti.
"Kalau semua org berpegang kepada prinsip ini, Umno akan terus kuat utk memerintah," katanya.
Sebanyak 54 cawangan Umno Bahagian Bera yang telah selesai
bermesyuarat, hari ini menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan
presiden.
1 orang berkata:
Kenapa tidak berani terima kritikan secara terbuka, apakah ada sesuatu untuk dirahsiakan dari pengetahuan umum? Tapi betul juga, perancangan sesama penyamun mana boleh didedahkan, betul tak?
Post a Comment