A Samad Said sah sertai DAP
-
A.
Samad Said (tengah) pada sidang media selepas menerima kad keahlian DAP
di Gua Musang, Kelantan, hari ini. Foto oleh DAP Malaysia
SHAH ALAM – Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said hari ini secara
rasminya menyertai DAP selepas perkara itu diumumkan penasihat parti
itu, Lim Kit Siang dalam satu program, di Gua Musang Kelantan, hari ini.
Kemasukan Samad ke dalam parti itu turut dirakam dan dimuat naik dalam
akaun Twitter milik DAP Malaysia sebentar tadi dengan memaparkan
pemimpin masyarakat itu menerima kad keahlian yang diserahkan sendiri
oleh Kit Siang.
“Sasterawan Negara Sdr @asamadsaid menerima kad keahlian DAP beliau
dari Ketua Parlimen DAP @limkitsiang,” tulis Dap Malaysia dalam laman
sosialnya, hari ini.
Penisytiharan itu turut disaksikan oleh Setiausaha Organisasi DAP,
Anthony Loke dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam majlis
penyerahan rasmi rumah mangsa banjir anjuran pertubuhan Gabungan Impian
Kelantan (GIK) di Gua Musang, Kelantan, hari ini.
Beliau yang lebih sinonim dengan panggilan Pak Samad mula berjinak
dalam politik dengan kempen menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.
Sebelum menyertai DAP, beliau cukup aktif dengan kegiatan masyarakat
dan pernah memimpin gerakan pembaharuan pilihan raya, BERSIH yang
menuntut proses pengundian dijalankan dengan adil.


7 orang berkata:
Lebih baik DAP dari Parti Ajaran Sesat perasan ahli syurga..Pengikut2 taksub tuang presideng tolol.
Lebih baik DAP dari Parti Ajaran Sesat perasan ahli syurga..Pengikut2 taksub tuang presideng tolol.
Sekurang2 TGHH berani menegakkan hukum islam...kau tu hanya berani menghina ulamak..hina ulamak bermakna menghina nabi s.a.w
Lebih baik yahudi drp. Palestine?
Tak payah beritahu semua orang tahu HUDUD ialah Perjuangan PAS.... sekarang beritahu macamana nak MERIALISASIKAN HUDUD di bumi MALAYSIA....
61 tahun asyik besembang berjuang hudud....
sekarang beritahu...
bila nak laksananya...????
macamana nak laksananya...???
cara mana nak laksananya...???
bagaimana nak laksananya...???
Hj Hadi presiden Pas perangai dah serupa Yahudi
Langkah pertama utk hudud, klu x berjaya langkah ke 2 pulak. Janji ade usaha nak tegakkan hukum agama
Post a Comment