PAS perlu membiarkan mana-mana pehak menubuhkan parti baru, malah mengalu-alukan penubuhannya, PAS juga perlu DIAM ! dengan kenyataan penentangnya, kita mahu melihat sejauh mana mereka boleh pergi, PAS tetap berpegang dengan DASARnya, PAS perlu berpegang teguh dengan ingatan daripada Allah "Barang siapa di dunia ini didalam keadaan BUTA mata hatinya maka mereka juga akan buta di akhirat, dan mereka lebih sesat lagi jalannya" Al- Isra' ayat 72 - Pak Karamu
Pas yakin ahli tolak parti baharu
-
Pemuda Pas Kawasan Maran menziarahi golongan asnaf dan memerlukan di Kampung Kuala Sentul.
CHENOR - Pemuda Pas Kawasan Maran yakin rakyat akan menolak parti
baharu sekiranya ditubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma)
kerana dipelopori golongan yang tidak amanah dalam pelbagai aspek.
Setiausaha Pemuda Pas Kawasan Maran, Mohd Shamsuri Hussin berkata,
majoriti ahli Pas tidak menyokong Pasma yang dikatakan tidak memberi
manfaat kepada ahli parti itu kerana cenderung memperlekeh kepimpinan
Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, ahli Pas mengenali individu yang terlibat dengan Pasma bukannya ‘role model’ dalam Pas.
“Berhubung Muktamar Pas Pusat lalu, Pemuda Pas Maran turut terkilan
dengan kelompok yang tidak berlapang dada dalam menerima keputusan
muktamar tersebut sehingga wujud pelbagai fitnah dan tohmahan.
“Kelompok yang kalah dan berkepentingan ini dilihat membawa misi
tersendiri dan sanggup menggadaikan maruah untuk mencapai matlamat
bersifat keperibadian,” katanya.
Sementara itu bersempena Ramadan, Mohd Shamsuri mengingatkan umat Islam
agar mempertingkatkan amal ibadah supaya diberi petunjuk dalam
kehidupan seharian bagi meneruskan agenda perjuangan menegakkan syiar
Islam di negara ini.
Menurutnya, Pemuda Pas menggerakkan pimpinan dan jentera seperti Unit
Amal dan Alternative Riding Club (ARC) bagi menyalurkan bantuan untuk
golongan memerlukan melalui program berkala sekurang-kurangnya pada
setiap Jumaat.


0 orang berkata:
Post a Comment