Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOLEH FAHAM ? PANDANGAN PRIBADI TAK BOLEH KIRA HU HU HU

Pas, DAP perlu ketepi kepentingan peribadi

  • Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin menggesa pimpinan Pas dan DAP supaya mengetepikan ego dan kepentingan peribadi dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kedua-dua parti itu demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya, perpecahan dalam kalangan parti sekutu dalam pakatan pembangkang akan menjadi satu pengkhianatan kepada rakyat.  
 
"Bila kita dipilih oleh rakyat, kita ada tanggungjawab kepada mereka (rakyat). Jangan disebabkan kepentingan peribadi kita rosakkan pakatan pembangkang dan ia akan hancurkan aspirasi rakyat.

 
"Jadi saya harap kita ketepikan semua masalah peribadi dan duduk berbincang, letakkan gagasan utama pakatan pembangkang sebagai agenda untuk diteruskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di sini hari ini.

 
Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada Sabtu lepas meluluskan usul yang

 dibawa Dewan Ulama Pas pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.
 
Bagaimanapun usul berkenaan mahu Pas mengekalkan tahaluf  siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang bersama PKR.

 
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung usul berkenaan yang masih belum dimuktamadkan.

 
"Usul itu akan dibawa ke peringkat perbincangan jadi jangan kita buat sebarang spekulasi. Saya kira sebelum ini pun kita telah melalui banyak ujian tetapi kita mampu selesaikan," katanya.

 
Mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menolak pembabitan mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik parti itu dengan Pas, Mohamed Azmin berkata itu adalah pandangan peribadi Lim.

 
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam pada itu menegaskan bahawa kemelut antara DAP dan Pas itu tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.