'Cukup-cukuplah.. Bagi orang lain pula'
KUALA LUMPUR - "Cukup-cukuplah... Saya sudah pegang jawatan sebagai
Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selama lima tahun. Bagi orang lain
pula," kata AJK Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.
Selain mengakui banyak menyumbang ketika diberi amanah memegang jawatan tersebut, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sudah tiba masa bagi beliau untuk menumpukan usaha dan fokusnya kepada rakyat.
"Setakat ini tak ada apa-apa lagi, saya pun tidak fikir yang saya akan ditawarkan (jawatan dalam AJK Pas Pusat).
"... Kalau saya ditawarkan pun, saya rasa saya tidak akan terima," katanya lagi sambil ketawa kecil.
Pas akan mengumumkan pelantikan AJK Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21 Jun depan.
Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.
"Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.
"Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," kata Tuan Ibrahim.

1 orang berkata:
Setuju sangat ngan doktor. Jgn terima jawatan yg ditawarkan. Biar la org yg menang buat kerja. Pada yg menang... jgn kebuloq jawatan ja... bila time keja nak 'taichi' kat yg lain pulak. Pada yg tidak dipilih pada muktamar kali ini.. teruskan kerja mcm biasa tanpa pegang sebarang jawatan.
Post a Comment