• Mahfuz Omar Mahfuz Omar
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, mengesahkan belum menerima sebarang surat tawaran berkaitan pelantikan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat baharu yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.
 
Katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang Dewan Rakyat terhenti pada tengahari ini, beliau tidak mahu mengulas mengenai perkara yang masih belum dibincangkan.
 
"Saya tidak ada terima apa-apa surat tawaran daripada Pas Pusat setakat ini. Yang lain (Ahli Pas lain) saya tidak tahu.
 
"Saya tidak boleh mengulas mengenai sesuatu yang belum nyata," katanya ringkas.
 
Pas akan mengumumkan pelantikan AJK Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21 Jun depan.
 
Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.
 
"Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.
 
"Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," kata Tuan Ibrahim.