Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DENDAM MAHADHIR MEMBARA

Tun M kritik Najib selagi jadi perdana menteri

  • Dr Mahathir Dr Mahathir
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui bakal terus menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selagi pemimpin nombor satu itu memegang tampuk pemerintahan.

 Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sampai bila beliau bakal terus menekan dan mengkritik Najib.

"Selagi dia (Najib) jadi perdana menteri," katanya ringkas.

Malah beliau turut mengulang lagi jaminannya bahawa BN bakal kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang dan negara bakal berdepan risiko tidak mempunyai pemerintah.

"Saya jamin bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya akan datang. Pembangkang sedang berpecah. Keadaan mereka itu tidak sesuai untuk memerintah negara dengan baik.

"Ini akan wujudkan suasana hampir anarki dan semua orang, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan...semuanya akan menderita kerana negara akan menjadi anarki," katanya.

Mengulas soal laporan yang mendakwa bakal berlaku rombakan Kabinet selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dr Mahathir menegaskan menteri pertama yang harus meninggalkan Kabinet adalah Najib.

"Ya ia patut dirombak dengan orang pertama meninggalkan kabinet adalah perdana menteri. Kemudian kabinet itu dirombaklah," katanya.

Menyentuh soal program 'NothingToHide' yang dibatalkan dan ketidakhadiran Najib susulan format program yang didakwa telah berubah kepada debat terbuka, Dr Mahathir menjawab secara seloroh bahawa beliau tidak tahu format program tersebut.

"Itu silap saya. Saya ingat program itu debat terbuka dan orang kata saya akan datang, jadi, saya datanglah.

"Saya bukannya nak debat dengan dia (Najib). Saya hanya nak tanya soalan macam orang lain. Memandangkan semua yang hadir adalah NGO, saya juga NGO. Saya boleh tanya soalan," katanya.

Sebelum ini, Jumaat lalu, forum 'NothingtoHide' yang sepatutnya dihadiri oleh Najib dan Dr Mahathir bagi menjawab isu 1MDB terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Dr Mahathir yang ketika itu sedang berucap diminta berhenti berucap dan menimbulkan kekecohan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.