Pas masih belum putus kedudukan dalam PR
KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin
Hassan menegaskan parti itu masih bersama PR dan belum memutuskan untuk
meneruskan atau menghentikan kerjasama politiknya dalam perikatan itu.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa agar pimpinan Pas mengeluarkan arahan agar wakil Pas meletakkan jawatan di Pulau Pinang.
"Saya setuju (wakil Pas letak jawatan) jika itu (tinggalkan PR) keputusan Pas. Sekarang ini, Pas masih belum lagi buat keputusan mengenai hubungan dengan parti-parti dalam PR. Jadi mengapa perlu kita lakukannya sekarang?
"Keputusan belum lagi dibuat berhubung kedudukan Pas di dalam PR. Oleh itu kedudukan sekarang ini, Pas masih di dalam PR," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Guan Eng berkata, Pas perlu mengarahkan wakilnya meletakkan semua jawatan dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menunjukkan parti itu masih mempunyai maruah.
Ketika ditanya mengenai mesyuarat Majlis Syura Ulama yang akan membincangkan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar lalu, Takiyuddin memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat setakat ini.
Setakat ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sudah pun melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan kini Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut mengikut jejak langkah sama.
Sementara itu, menyentuh soal amanat bekas Ketua Pembangkang yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh, Takiyuddin memberitahu, pihaknya akan memberi maklumat terkini kepada Anwar.
Sabtu lalu, Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas pada Muktamar Pas Pusat ke-61.

7 orang berkata:
hehe menggelupur pusing sana pusing sini
Dah lah cukup lah main wayang...berjuang lah kerana Islam...bukan dalam kepala otak tu teringat
Duit je. ..pooooorrrrah. ..Low Class
Taik Kucing lah...
Geng pro guan eng and lim kit siang dalam pas dah mula menyalak bila semuanya kalah. Kpd. Saf kepimpinan pas yang baru diucapkan tahniah
Terus kan pertahan dasar parti
Kpd
Perwakilan,tanhian dan terima kasih kerana talah berjaya membersihkan Pas dari puak anwar dan penjilat DAP.
Siapa yg menyalak bro.... geng kebuloq jawatan dan habuan dunia ja yg liat lepaskan jawatan tuuuu. ... geng mana ek yg payah bonar lepaskan jawatan tu...
takoyudin
mcmana lu boleh tak tau ularmak dan syurak dah biat keputusan terima sebulat suara putus dgn dap
lu baca dan buatlah research skit
jgn akal dan utak kat siku dan lutut
pas dah cerai dgn dap yg kiut miut
nak kawin baru dgn uuumnoo yg dah tua kelepek
Post a Comment