PKR terus kunci mulut krisis PR
KUALA LUMPUR - Pemain utama dalam PKR hari ini mengunci mulut berhubung
status terkini dan masa depan PR meskipun kedudukan gabungan
pembangkang itu kini ibarat 'telur di hujung tanduk'.
Ditemui di lobi Parlimen hari ini, rata-rata mereka lebih suka mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut kecuali senada memberitahu bahawa satu kenyataan rasmi akan diumumkan kelak.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kenyataan rasmi tersebut dicapai hasil mesyuarat di sini semalam dan ia akan dikeluarkan oleh presiden parti kelak, katanya kepada pemberita.
Semalam, DAP mengisytiharkan gabungan itu yang terdiri daripada parti itu, PKR dan Pas tidak lagi wujud susulan keputusan Muktamar Pas baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu.
Perbalahan dalam gabungan pembangkang itu turut mengheret kepada desas-desus kemungkinan wujudnya perpecahan dan persoalan mengenai kedudukan Dun Selangor.
"Selangor dalam keadaan stabil, tidak ada isu dalam Selangor. Tidak akan ada pilihan raya negeri, Selangor stabil dan tidak ada isu," kata Tian Chua.
Dun Selangor dengan 56 kerusi terdiri daripada Pas dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).
Turut mengunci mulut dan memilih jalan selamat adalah Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang memberitahu keputusan mengenai konflik dalam pakatan itu dijangka menyelesaikan segala permasalahan yang timbul sebelum ini.
"Keputusan itu sudah ada, sudah jelas. Cuma kenyataan mungkin keluar hari ini, mungkin juga esok. Saya sedang praktis untuk puasa esok, praktis untuk tidak bercakap apa-apa," kata anggota Parlimen Pandan secara ringkas dan terus mengelak media yang menantinya sejak pagi di perkarangan Parlimen hari ini.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula sekadar berkata:" Kami akan beri kenyataan kepada anda, saya pasti anda boleh tunggu. Mesyuarat positif? Kesemua dalam kehidupan adalah segala-galanya," katanya.
Turut mengambil pendekatan yang sama ialah Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin yang juga merupakan Pengarah Strategi parti berkenaan yang sekadar tersenyum dan tidak memberi sebarang ulasan.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berpendapat sama ada Pas atau DAP perlu berundur demi menyelesaikan kemelut pakatan itu khasnya dalam konteks (kerajaan negeri) di Selangor.
Menurutnya, tindakan itu perlu diambil memandangkan kedua-dua parti telah membuat keputusan memutuskan hubungan kerjasama.
"Kalau terus kekal, ia akan membina persepsi - bukan saya kata - untuk orang kata ini parti politik hipokrit. Ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment