Yang beragama islam haran halang hukum syari'at, rosak akidah dan menjadi kafir (Jauh dari rahmat Allah) Mereka tergolong dari kafir harbi, di Dewan Rakyat mana-mana yang menentang atau menahan dengan berbagai alasan juga di kira kafir. Orang kafir yang tidak menyokong tapi tidak menentang islam, maka mereka tergolong dari kafir Zimmi dan mereka patut berkecuali - Pak Karamu
Siapa mohon injuksi halang hudud wajar rasa malu
SHAH ALAM – Mana-mana ahli Parlimen beragama Muslim yang memohon
perintah injunksi mahkamah untuk menghalang Ahli Parlimen Marang, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang membentang Rang Undang-Undang Persendirian
mengenai hudud di Dewan Rakyat wajar berasa malu.
Ahli Jawantankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata, ia bagaikan satu usaha untuk menghalang hukum ALLAH diperteguhkan di negara ini.
“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak mahupun individu untuk berbuat demikian. Jika ia dilihat wajar bagi mana-mana pihak, maka silakan mengikut lunas perundangan yang sewajarnya.
“Cuma, sebagai seorang Muslim, kita seharusnya malu kerana menghalang usaha untuk memperteguh hukum hakam ALLAH di negara ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata, partinya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghalang usaha ini selain menegaskan, tujuan penubuhan Pas adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan negara berlandaskan nilai hidup Islam.
“… Pas tidak pernah berkompromi dengan tujuan penubuhannya sehingga ke hari ini. Pas hanya mengambil pendekatan secara berperingkat-peringkat, berdasarkan situasi semasa dan tanpa menggunakan kaedah agresif.
“Usaha pelaksanaan hudud khususnya di negeri Kelantan telah berjalan sebelum 1993 lagi. Pelbagai penerangan dan kempen telah giat dijalankan bagi memastikan rakyat memahami dengan jelas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) yang akan diimplementasikan di bumi Serambi Makkah ini,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara khusus bagi yang beragama Islam bersetuju dengan pembentangan RUU tersebut.

0 orang berkata:
Post a Comment