TPM, Hadi bergegas keluar akibat gegaran susulan
KUNDASANG - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan bangunan ketika taklimat perkembangan Gempa Bumi Sabah selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang tadi.
Taklimat yang diadakan di Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran gegaran itu.
Difahamkan, gegaran berkenaan adalah kali ke 35 selepas kejadian pertama Jumaat lalu.
Turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat itu tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang itu, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Dalam taklimat itu, Muhyiddin diberitahu perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat, taklimat diteruskan diluar bangunan dan diakhiri dengan sidang media.



1 orang berkata:
cheap oakley sunglasses
michael kors handbags
cheap jordans
ralph lauren outlet
sac longchamp
rolex replica watches
michael kors outlet
abercrombie and fitch
cheap michael kors handbags
nike air huarache
Post a Comment