Soi Lek: Jalan terbaik, Pas keluar dari PR
BUTTERWORTH - Pas perlu keluar dari PR setelah mengambil keputusan
memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dipersetujui dalam muktamar
tahunannya baru-baru ini.
Serentak dengan itu, pimpinan Pas perlu mengarahkan semua pemimpin dan ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dengan segera untuk mengelak tohmahan dan provokasi berterusan dari DAP.
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek berkata, langkah itu perlu sebagai menyokong usul yang dipersetujui tanpa bahas dalam muktamar minggu lalu.
Beliau berkata, usul yang dipersetujui dalam muktamar atau mesyuarat agung tahunan adalah keputusan yang perlu dipatuhi kerana ia adalah badan tertinggi sesebuah parti politik.
"Semua pemimpin dan ahli kena akur dengan keputusan atau usul yang diluluskan dalam muktamar.
"Kalau tidak mahu ikut, mana lagi badan yang lebih tinggi untuk membuat keputusan sebagai rujukan kepada Pas," katanya kepada media selepas melancarkan kapal mengangkut kontena MTT Pulau Pinang di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, hari ini.
Menurutnya, Pas perlu lebih tegas dan tidak berlengah lagi untuk membuat keputusan kerana ia sedang diperhatikan oleh semua pihak di seluruh negara.
"Kini rakyat akan membuat penilaian terhadap ketegasan dan kewibawaan Pas.
"Adakah parti ini mementingkan jawatan dalam kerajaan negeri atau mempertahankan integritinya tanpa kompromi atau berdolak dalik dengan mana-mana pihak," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) turut hairan dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berterusan mengeluarkan kenyataan dan provokasi terhadap Pas sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, Setiausaha Agung DAP itu begitu lantang menghentam kepimpinan Pas dengan pelbagai ejekan dan provokasi seolah-olah mereka menjadi musuh ketat.
Saya hairan dengan Guan Eng. Dulu dia putus hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mengakalkan kerjasama dengan Pas.
"Kini apabila Pas memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam PR, kenapa dia naik angin. Kenyataannya selama ini pun memang tidak masuk akal," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment