Keputusan Mazlan Aliman dan keadaan FGV
- Butiran
- Diterbitkan: 16 Jun 2015
- Ditulis oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Secara
peribadi, saya sedih dengan keputusan yang dibuat oleh sahabat saya
Mazlan Aliman. Saya dapat memahami perasaan beliau dan turut merasai
luka parah di hatinya, oleh itu saya menghormati hak dan pendirian
beliau.
Insya-Allah bagi pihak PAS, kita akan
terus memberikan kerjasama kepada Pertubuhan ANAK Kebangsaan bagi
memperjuangkan hak dan nasib warga Felda khususnya dan pelbagai agensi
lain.
Kini FGV berhadapan dengan krisis yang
sangat kritikal, kejatuhan harga saham FGV semalam ke paras RM1.65,
tahap yang terendah sejak disenaraikan.
Bahkan pengumuman pembelian 37%
kepentingan di dalam PT Eagle High Plantations Tbk bernilai US$680 juta
(RM2.5bil), sebuah syarikat perladangan ketiga terbesar di Indonesia
juga gagal melonjakkan harga saham melepas RM1.86 sewaktu ia digantung.
Lebih malang apabila KPF mengumumkan kadar dividen 10% adalah yang terendah dalam tempoh 17 tahun.
Keyakinan pelabur berada di tahap yang
sangat rendah, lebih-lebih lagi pembelian kepentingan dlm EHP milik
konglomerat Rajawali milik Peter Sondakh ini menimbulkan 'banyak
kesangsian' kerana ia diselubungi hubungan akrab Sondakh dengan Perdana
Menteri Najib Abdul Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor dan kebetulan
FGV mengalami kemerosatan keuntungan sebanyak 98% pada suku pertama
2015.
Dengan kata lain, pelabur sudah hilang
keyakinan kepada pengurusan tertinggi FGV yang diketuai Tan Sri Isa
Samad. Tekanan dan desakan agar beliau diturunkan perlu diteruskan.
Sehubungan itu, PAS akan terus
mendedahkan pelbagai kelemahan yang sedang berlaku dan mendoakan ANAK
akan terus berjaya sebagai sebuah NGO yang membela nasib warga Felda.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 Jun 15
Timbalan Presiden PAS
16 Jun 15


0 orang berkata:
Post a Comment