Letak jawatan: Tunggu keputusan Majlis Syura
SHAH ALAM - Ahli dan pimpinan Pas diingatkan supaya tidak mendahului keputusan Majlis Syura Ulama serta gopoh meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebarang tindakan hanya boleh diambil setelah Majlis Syura bersidang dan membuat keputusan sama ada menolak atau menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.
“Sehinggalah Majlis Syura bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan usul tersebut berdasarkan perkiraan syarak kerana melibatkan hukum tahaluf siyasi.
“Setelah itu Jawatankuasa Pas Pusat akan melaksanakan mana-mana keputusan Majlis Syura menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu lepas jawatan di Pulau Pinang]
Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataan meminta semua wakil Pas yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri itu supaya meletak jawatan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pilihan, letak jawatan dalam kerajaan negeri]
Kata Guan Eng, tindakan itu perlu dibuat selepas muktamar Pas meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP.
Mengulas lanjut, Khairuddin juga mengingatkan perkara sama kepada pimpinan Pas Selangor supaya tidak keluar dari Kerajaan Negeri Selangor kerana Pas juga menyumbang kemenangan dengan 15 kerusi Dun pada PRU13 lalu.
“Kerajaan Negeri Selangor bukan milik bersendiri DAP tapi milik bersama tiga parti yang menyumbang kemenangan pada PRU13,” katanya lagi.
Pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 yang melabuhkan tirainya semalam menerima tanpa dibahas usul Dewan Ulama Pas Pusat untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP dan tidak PR.
Bagaimanapun menerima usul tanpa dibahas tidak bermakna usul itu dilulus dan dijadikan keputusan parti itu, sebaliknya meluluskan perkara tersebut untuk diputuskan MSU dan Jawatankuasa Pas Pusat.

Mohd Khairuddin Aman Razali

2 orang berkata:
kesian betul..
Tok siak baru azan, mat sabu sudah selesai solat.
Walhal kononya solat berjamaah, ada tok siak, ada tok bilal ada tok imam.
Biar pun jauh sikit ada gereja,.sudah di mulakan solatnya, selagi bilal tak qomat, selagi imam tak bangun qiam solat makmum releks dulu.
Bila tok imam takbir, makmum duduk dlm saf, bila imam baca al fatihah makmum takbir.
Jangan gopoh ikut gereja sebelah kanan atau kuil sebelah kiri hatta masjid di segambut kerana anda di masjid rusila.
Jika ingin solat bersama gereja pi gereja, jika ingin bersolat berimamkan wanita pi segambut.
Sik ada yang halang. Yang ditegah jika di masjid rusila mendahului imam sedangkan tiada paksaan untuk berjemaah bersama pun.
Post a Comment