MT Orkim Harmony dikesan di perairan Kemboja
SHAH ALAM - Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang di
perairan Selat Melaka, dikesan di perairan Kemboja, kata Panglima
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz
Jaafar.
Bernama melaporkan yang memetik Panglima TLDM, kapal tangki berkenaan juga telah ditukar cat dan nama.
Kapal tangki kepunyaan Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan petrol RON95 bernilai RM21 juta milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu dilaporkan hilang pada jam 8.57 malam Khamis lalu.
MT Orkim Harmony sedang belayar dari Melaka ke Kuantan semasa ia hilang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kapal MT Orkim Harmony mungkin dirompak lanun]
Kapal tangki itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 warga Malaysia termasuk Kaptennya, Nor Fazly Sahat, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.

0 orang berkata:
Post a Comment