BEGINILAH CERITANYA: keputusan Dewan Ulama yang sebulat suara meluluskan usul
(CADANGAN) tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa Muktamar Tahunan
Pas ke-61 tanpa bahas, kemudian yang akan meluluskan USHUL ini adalah majlis syura Ulama, majlis syura masih lagi belum bermesyuarat, jadi ushul itu tentunya masih tergantung (ertinya ushul ini bukan suatu yang muktamat)
Mengikut fahaman yang faham dan yang tak faham ialah: Dewan ulama apabila membuat ushul sebulat suara semasa muktamar PAS yang Ke 61 maka ia adalah agenda yang tidak berkait dengan Muktamar ? kerana itu ia tidak boleh di bahaskan pada Muktamar yang ke 61 kerana ushul itu di katakan tanpa bahas atau tidak boleh di bahaskan di muktamar
Ushul Dewan Ulama hanya boleh di bahaskan atau di bincangkan oleh Majlis Syura Ulama di luar kuasa Muktamar, sebab itu ushul tersebut tidak termasuk agenda Muktamar dan tidak boleh di bahaskan di dalam Muktamar kerana ushul dari Dewan Ulama adalah ushul TERGEMPAR semasa Muktamar - Pak Karamu
Dengar dulu sebelum gesa Exco letak jawatan
KOTA BAHARU - DAP perlu mendengar penjelasan terperinci Pas sebelum
terburu-buru menggesa anggota Pas meletakkan jawatan dalam Majlis
Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, DAP tidak seharusnya melontarkan sebarang pandangan tanpa memahami usul yang dibawa Dewan Ulama parti itu mengenai tindakan memutuskan hubungan dengan DAP, semasa Muktamar Tahunan Pas ke-61 minggu lepas.
Beliau berkata, ini kerana Majlis Syura Ulama Pas belum membuat sebarang keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.
"Itu masalah dia (DAP yang mengambil serius usul putus hubungan), bukan masalah kita.
"Dia sepatutnya kena faham dulu kerana keputusan itu (putus hubungan) belum muktamad dan hanya cadangan. Malah, Majlis Syura Ulama belum bermesyuarat lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Islam di sini malam tadi.
Mohd Amar melahirkan rasa kesalnya terhadap reaksi DAP dengan berkata:"Yang menjadi masalah sekarang ini, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) sudah mendahului seperti pepatah Inggeris, 'jump the gun' tanpa mendapatkan penjelasan daripada kami".
Pimpinan DAP sebelum ini menyarankan agar beberapa Adun Pas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Ia berikutan keputusan Dewan Ulama yang sebulat suara meluluskan usul
tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan
Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau
kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. - Bernama
Mohd Amar

0 orang berkata:
Post a Comment