Mahfuz: Biarlah ada 'darah' baharu dalam Pas
KUALA SELANGOR - "Biarlah..Seeloknya ada 'darah' (pemimpin) baharu dalam barisan pimpinan Pas," demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Mengakui tewas sekali lagi dalam saingan merebut jawatan Naib Presiden, beliau bagaimanapun memberikan reaksi positif terhadap pelantikan Naib Presiden Pas baharu, Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abd Samad dan Datuk Mohd Amar Abdullah.
"Mereka merupakan pemimpin yang layak dan akan melaksanakan tugas dengan baik," katanya ketika ditemui Sinar Online hari ini.
Mahfuz bersama dua bekas penyandangnya, Sallehuddin Ayub dan Datuk Husam Musa ditewaskan oleh Idris Ahmad, Iskandar Samad dan Mohd Amar dalam merebut jawatan Naib Presiden.
Keputusan tersebut diumum oleh Pengerusi Jawatankuasa Muktamar Tahunan Pas, Asmuni Awi, malam tadi.
Sementara itu, ditanya mengenai kedudukannya sebagai Ketua Penerangan yang akan diputus Pas dalam Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat pada masa terdekat, Mahfuz berkata, lantikan tersebut diputuskan sepenuhnya oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Terpulang kepada beliau (Abdul Hadi) untuk memilih calon-calon.
"Saya pun tidak tahu siapa yang akan dilantik oleh beliau nanti. Apa-apa pun kita tunggu sahaja nanti," katanya lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar

0 orang berkata:
Post a Comment