• Mohd Hatta Mohd RamliDr Mohd Hatta Mohd Ramli
 1 / 1 
KUALA SELANGOR - Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli meluahkan kekesalannya apabila parti itu gagal mengambil tindakan terhadap individu yang menuduhkan mengetuai gerakan menggulingkan presiden sehingga menyebabkan kekalahannya pada pemilihan parti.

Malah beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pilihan Raya Pas berkata, individu yang menuduhnya, tidak pernah menghadirkan diri ketika dipanggil jawatankuasa siasatan.

"Dia bukan sahaja tidak hadir untuk kali pertama tetapi peluang kedua yang diberikan juga, tidak hadir dengan alasan tak yakin pada enam orang jawatankuasa yang lakukan penyiasatan.

"Jadi bila tak datang buat kali kedua, keputusan siasatan tergantung.

"Penuduh itu diambil tindakan tapi saya tak desak ahli jawatankuasa Pas ambil tindakan, jadi ini tergantung begitu," katanya  ketika berucap di sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor, semalam.

Katanya, "saya mahu masuk pemilihan parti dalam keadaan yang bersih dan boleh menang.

"Tetapi hasilnya dapatlah 368 undi," katanya.