Pas patut ambil kesempatan Umno berbalah
KUALA SELANGOR - Inilah masanya bagi Pas untuk mengelakkan perbalahan dalam parti dan bersatu untuk dalam usaha mengambil alih kerajaan.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas perlu mengambil kesempatan ini memandangkan pertelagahan Umno kini kian sampai ke kemuncak.
"Kita tengok sahaja apa yang berlaku di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur) hari ini (semalam). Umno sesama Umno, bertembung dan bergaduh.
"Jadi inilah masanya.. Inilah masa yang sesuai bagi Pas untuk bersatu dan jatuhkan musuh kita ini. Kesempatan ini perlu direbut cepat oleh Pas," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah umum Muktamar Pas di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Iskandar turut menekankan konsep istiqamah yang pada pendapat beliau, kian 'pudar' dalam kalangan ahli Pas itu sendiri.
"Kita harus terus beristiqamah dalam apa jua yang dilakukan. Istiqamah dalam kehidupan, dalam ibadah, dalam perhubungan dengan ALLAH dan manusia, dan pelbagai lagi.
"Istiqamah inilah yang kita tekankan dalam Pas selama ini dan ini jugalah yang kita lupakan. Bersama-samalah kita memperbaiki kelemahan masing-masing khususnya dalam parti, dan perkukuhkan perhubungan kita," katanya lagi.

Iskandar

0 orang berkata:
Post a Comment