DI SELANGOR PAS BERGANTUNG KEPADA PENGUNDI CINA DAN HINDU UNTUK MENANG, JIKA TIDAK KERANA DUA BANGSA ITU PAS MUNGKIN TAK ADA APA-APA, INILAH HAKIKAT YANG PERLU DI TERIMA, APABILA PAS MENANG DENGAN SEBAB MAKA SEBAB ITU PULA DI UNGKIT, YANG UNGKIT PADA PRINGKAT AWAL IALAH DAP DAN PKR, LEPAS ITU DI IKUTI PULA OLEH ORANG PAS YANG BERGANTUNG KEPADA DAP, ALANGKAH BAIKNYA PAS TARIK DIRI SAHAJA DARI PERTUBUHAN YANG TIDAK BERDAFTAR (PR). KITAPUN TAK TAHU LAGI PERTUBUHAN PR NI HARAM ATAU HALAL KERANA IA TIDAK DI LULUS SEHINGGA KINI
APA YANG PAS PERLU BUAT IALAH TUMPUAN KEPADA UNTUK KELUAR DARI PERTUBUHAN TIDAK BERDAFTAR INI, SELEPAS ITU MAKA PAS BOLEH SAHAJA MELETAKKAN CALONNYA DI SETIAP DUN ATAU KERUSI PARLIMEN DI SEMUA KEDUDUKAN DI DALAM NEGARA INI, SEDARLAH JIKA INI BERLAKU MAKA ADA PARTI DALAM PERTUBUHAN YANG TAK LULUS INI AKAN MENJADI TERHAPUS DARI NEGARA INI KERANA PARTI ITU SIFATNYA HANYA SEBAGAI KEHIDUPAN POKOK DEDALU SAHAJA - Pak Karamu
Usul tanpa bahas putus dengan DAP dipersoal
Wakil dari Kota Raja, Norhalim Sirome tidak berpuas hati mengenai isu keputusan meluluskan usul menamatkan hubungan dengan DAP tanpa bahas pada Muktamar Tahunan Pas ke 61 hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA SELANGOR - Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 yang masuk hari ketiga hari ini bermula dengan isu 'hangat' apabila usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dibantah perwakilan.
Belum pun Pengerusi Tetapnya, Husin Ismail membuka sesi perbahasan usul pada hari ini, perwakilan Pas Rembau, Mohd Faiz Fadzil bangun lalu mempersoalkan usul dari Dewan Ulama Pas Pusat dan Pas kawasan Tumpat itu diterima tanpa bahas.
"Kenapa usul ini sensitif? Biar perwakilan bahas usul ini (di sini), bukan terima saja usul ini tanpa bahas.
"Jangan bercerai tetapi tidur serumah," katanya dengan lantang membantah tindakan tersebut.
Perkara itu turut disokong oleh seorang perwakilan dari Pas Kota Raja sambil mencadangkan supaya satu muktamar Pas khas diwujudkan untuk membuat keputusan mengenai kerjasama politik itu.
"Sepatutnya di sini bincang usul, cadang supaya ada muktamar khas, saya tidak setuju muktamar ini putuskan tahaluf siyasi," katanya.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mahfuz Omar bingkas menjawab bahawa isu tersebut sememangnya sensitif khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.
"Kesannya kita akan kehilangan kedudukan, tapi kita kena istiqamah dan yakin dengan kuasa ALLAH.
"...ker tuan-tuan tak percaya dengan kuasa ALLAH," soalnya.
Mahfuz juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih kekal walaupun tanpa kehadiran Pas dan PKR dengan majoriti mudah.
"Ya, kita memang ia sensitif, tanpa kita pun mereka boleh memerintah, tanpa PKR pun di Pulau Pinang mereka masih sebuah kerajaan, dengan majoriti mudah," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment