Pas sifatkan Guan Eng keliru, terburu-buru
KUALA TERENGGANU - Pemimpin DAP disifatkan keliru dengan usul dibawa
Dewan Ulama Pas Pusat sehinggakan setiausaha agungnya, Lim Guan Eng
dilihat bersikap terburu-buru dalam memberi pandangan berhubung
peletakan jawatan ahli Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan DAP di
Pulau Pinang.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, usul dibawa Dewan Ulama itu bukanlah kata pemutus sebaliknya menegaskan perkara melibatkan hukum itu dibawa kepada Majlis Syura Ulama untuk dibincangkan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak tindakan Guan Eng yang prejudis terhadap Pas melalui serangan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merasakan usul dibawa Dewan Ulama Pas itu sebagai satu ketetapan parti.
“Saya letak yang pertama mungkin DAP hanya melihat kepada laporan media tanpa mendapat penjelasan daripada pemimpin Pas terlebih dahulu.
“Yang kedua mungkin ada orang dalam Pas yang tidak faham usul dibawa Dewan Ulama Pas seolah-olah itu keputusan. Jadi, bila ada yang tidak faham dan memberi maklumat tidak tepat, inilah yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Lim Guan Eng dalam laporan Sinar Harian sebelum ini memberitahu bahawa peletakan jawatan wakil Pas dalam kerajaan negeri tidak dapat dielakkan berikutan keputusan muktamar Pas baru-baru ini yang menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam PR.
Azman berkata, Guan Eng juga tidak sepatutnya terburu-buru membuat kenyataan seperti itu kerana pemilihan jawatan ahli Pas dalam Kerajaan Pulau Pinang itu turut melibatkan persetujuan daripada Pas negeri sebelum ini.
Sementara itu, mengulas wujud persepsi daripada pihak tertentu bahawa usul oleh Dewan Ulama Pas itu akan menjadi satu keputusan muktamad selepas ini memandangkan ahli Dewan Ulama Pas turut menganggotai Majlis Syura Ulama dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,
Azman memberitahu ia hanya melibatkan sebilangan kecil pemimpin sahaja.
Sehubungan itu katanya, perkara itu tidak timbul sama sekali kerana usul Dewan Ulama Pas akan dibincangkan dari semua sudut termasuk dari segi khilaf dan juga kesesuaian dalam Majlis Syura Ulama nanti.
“Dalam Majlis Syura ada keanggotaan yang ramai dan bukan dibayangi oleh ahli Dewan Ulama Pas belaka,” katanya.

2 orang berkata:
cakap besar sangat..
Cari nas dan hadis yg boleh membatalkn kwputusan itu... Baru ngam..
Post a Comment