PAS TAK PERLU KELUAR DARI PR SEBAB PR BUKAN SUATU PERTUBUHAN POLITIK YANG BERDAFTAR, ADALAH TERLALU JANGGAL BAGI PAS KELUAR DARIPADA SUATU PERTUBUHAN POLITIK YANG TIDAK DI LULUSKAN DI DALAM NEGARA INI, CUMA PAS BERADA DI DALAM SUATU PAKAT-PAKAT SAHAJA UNTUK GULINGKAN BN
PERTUBUHAN PAKAT-PAKAT (PR) JIKA MEREKA MEMBUAT PERJANJIANPUN MUNGKIN DIPANDANG SEBAGAI PERJANJIAN YANG LONGGAR YANG MUDAH TERBURAI DAN TAK PERLU DILAYAN SANGAT SEBAB IA SUATU YANG TIDAK DI IKTIRAF DI SISI UNDANG-UNDANG DI DALAM NEGARA -Pak Karamu
Lebih baik Pas keluar Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menegaskan bahawa
adalah lebih baik Pas keluar daripada Pakatan Rakyat kerana merasakan
Pas mampu berdiri sendiri.
Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, tindakan itu juga dilihat cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut di antara parti itu dengan DAP di Selangor.
“Pimpinan baru kena konsisten dan kena ada prinsip, keluar daripada Pakatan dan Pas lebih baik berseorangan.
“Saya yakin Pas mampu berdiri seorang diri tanpa parti gabungan PKR dan DAP,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Phua yang memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memilih DAP atau Pas untuk mentadbir bersama di negeri Selangor.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata, langkah Pas keluar daripada PR akan memudahkan pimpinan baharu Pas Pusat untuk membuat sebarang keputusan yang tidak terikat lagi dengan kerangka PR.
“Pimpinan baru sepatutnya tak ada masalah untuk membuat sebarang keputusan tapi kalau dalam Pakatan, masalah ini mungkin akan berlaku, sebab itu saya kata Pas kena konsisten keluar daripada Pakatan,” ujarnya.

0 orang berkata:
Post a Comment