DAP tidak sabar keluar pakatan
KOTA BHARU - Pemecatan Setiausaha Pas Pulau Pinang sebagai pegawai
penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, menunjukkan DAP
sengaja mencari alasan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, kata
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata tindakan itu menunjukkan DAP semakin tidak sabar untuk keluar daripada pakatan pembangkang dan memutuskan hubungan dengan Pas.
"Saya melihat secara politiknya tindakan yang dibuat oleh DAP selama ini adalah mencari alasan untuk keluar dari pakatan rakyat dan putus hubungan dengan Pas.
"Dari segi rentetan, dia (DAP) yang mula-mula isytihar putus hubungan dengan Pas di Sarawak, selepas itu putus hubungan dengan Pas di Sabah, selepas itu dia putus hubungan dengan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut DAP-Pas yang semakin meruncing apabila Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.
Mohd Amar berkata: "Dia (DAP) dah pecat kita kena terima dan tidak ada masalah (bagi Pas)".
Ditanya tentang kesediaan DAP untuk membina masjid baharu di Pasir Tumboh, Gua Musang, Mohd Amar berkata peruntukan untuk membaik pulih masjid yang rosak akibat banjir di kawasan itu sudah ada dan ia tidak perlu bantuan DAP.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan. - Bernama

2 orang berkata:
Aku jadi pelik kenyataan Naib Presiden PAS ni, cadangan dan usul diterima dalam muktamar untuk putus hubungan dengan DAP datang dari PAS tapi dua salahkan orang lain. Adakah kata-kata menghalalkan cara? Atau sudah mahu U-turn.
PAS hebat kerana 1. Pemilihan menggunakan Cai
2 Ada presiden yg men tolol dan barua kan orang
3 Ada kunun ulama tapi jebon kan orang
4 Ada pro ulama yg cinta fitnah dalam menjayakan matlamat
JADI kalau masih ada TELUR dan Maruah lepas kan lah jawatan di Pulau Pinang atau lebih bertelur lepas jawatan di Selangor.
Tak perlu U-Turn nanti telur Dewan Ulama nak letak mana.
Mudah saja patuhi Muktamar dan dengar kehendak Dewan Ulama masa muktamar dulu.
PAS memualkan dgn cai, fitnah, tolol, siku, lutut dll > Memalukan Agama Islam saja.
Cinta Duit Nampak
Post a Comment