-
Diterbitkan: 04 Jun 2015
-

KUALA SELANGOR, 4 Jun - Seramai 1057 perwakilan sedang membuang undi untuk memilih jawatankuasa baru mewakili Pimpinan PAS Pusat sesi 2015/2017.
Proses pembuangan undi dimulakan
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Dr. Haron Din dan diikuti para
perwakilan dari semua negeri. Perwakilan yang layak membuang undi
berbaris mengikut zon yang telah ditetapkan mengikut negeri dalam Zon A
hingga Zon E.
Prosedur
dan peraturan pilihan raya dibentangkan terlebih dahulu oleh Tuan Haji
Asmuni Ani bersama Dato' Takiyuddin Hassan sebagai penyelaras
Jawatankuasa Pilihan Raya pada kali ini.

Jawatan Presiden PAS dipertandingkan
dengan dua pencalonan iaitu penyandang jawatan tersebut Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan dicabar oleh Ustaz Ahmad Awang.
Manakala untuk jawatan Timbalan
Presiden, Tuan Haji Mohamad Sabu juga turut bertanding bersama Dato'
Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan Timbalan Presiden.
Sementara enam orang lagi dicalonkan
untuk merebut jawatan Naib Presiden termasuk penyandangnya Datuk Husam
Musa dan Salahuddin Ayub. Calon yang turut dicalonkan ialah Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua
Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar, anggota jawatankuasa PAS Pusat
Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.
Seramai 55 calon pula akan bertanding merebut jawatan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat.
Proses pengundian berlangsung sehingga
peti undi ditutup pada jam 7.00 petang. Majlis muktamar akan berlangsung
semula pada esok hari yang dijadualkan bermula jam 8.15 pagi dengan
pengumuman keputusan pilihan raya yang diperoleh.


0 orang berkata:
Post a Comment