Azmin tidak mahu terlibat krisis Pas-DAP
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berharap agar
beliau tidak dilibatkan dalam 'permainan kanak-kanak' antara DAP dan
Pas.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, sebaliknya peranan PKR adalah untuk terus memperkukuhkan PR.
"Kita mesti merealisasikan aspirasi rakyat termasuk di Selangor. Kita kena pikul amanah rakyat," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Krisis antara DAP dan Pas semakin berlarutan berikutan usul Pas memutuskan hubungan dengan DAP dilulus tanpa dibahaskan dalam muktamar parti itu, minggu lalu.
Sehubungan itu, terdapat cadangan agar PKR menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah di antara dua rakan sekutunya itu.
Sementara itu, ditanya mengenai kata dua Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua agar beliau memilih antara DAP dan Pas, Mohamed Azmin berkata, beliau menyerahkannya kepada rakyat untuk menentukan.
"Saya akan buat pilihan apa yang dipilih oleh rakyat. Itu tanggungjawab saya.
"Kerajaan Selangor kuat dan kukuh. PR Selangor kuat dan kukuh, seharusnya menjadi contoh kepada PR di peringkat pusat.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menyifatkan krisis antara Pas dan DAP sebagai bukan satu pertelingkahan sebaliknya hanya sedikit perbezaan pandangan.
"Itulah sistem demokrasi, kita bukan sistem diktator. Ada pandangan kita dengar, kita bincang," katanya.
Ketika ditanya sama ada Pas Selangor sudah mengadakan perjumpaan dengan beliau, Mohamed Azmin menjawab: "Selalu, hari-hari saya jumpa".

0 orang berkata:
Post a Comment