• Hadi Awang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melaungkan takbir selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke 61. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
1 / 1
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2015-2017 dengan menewaskan Ahmad Awang.

Beliau memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya yang mendapat 233 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas kekal dalam PR selagi tak langgar syarak]

Pengumuman keputusan itu disambut laungan takbir daripada beberapa penyokong Abdul Hadi yang masih berada di stadium tersebut.

Kemenangan Abdul Hadi telah dijangka ramai pihak sejak Ahmad mengumumkan untuk mencabar Ahli Parlimen Marang itu.

‎Kira-kira jam 4 petang tadi, seramai 1162 perwakilan telah membuang undi.