Sudah mula meraba-raba, perkataan GERAKAN dah kena gugur sebab parti gerakan dah bising, hu hu hu, kemudian dikenali pula sebagai sedap cakap ISLAM PROGRASIF, itupun tak boleh jadi, so tebalikkan pula dengan nama PROGRASIF ISLAM, iaitu perkataan PROGRASIF disandarkan kepada islam ok la agaknya, Hmmmm mungkin nanti rakyat akan terkeliru juga sebab nanti orang akan kata ISLAM ni berapa jenis ada kat Malaysia ? tu PAS belum lagi bantah sebab yang rakyat tahu kat Malaysia ni semua berpegang dengan mazhab Syafi'ie, tentulah ISLAM hanya satu nama, akhirnya nanti boh nama PROGRASIF je, alamaaaak tak boleh gak nanti PPP bantah pulaaaak ! Hu hu hu - Pak Karamu
Mat Sabu enggan ulas isu sumpah bai'ah
GEORGETOWN - Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam cuba
mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di
bawah sumpah bai’ah talak tiga sekiranya keluar Pas.
Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) itu berkata,
beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk
Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan
dalam politik.
"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan Harapan Baru peringkat negeri di sini, semalam.
Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah bai’ah talak tiga oleh semua wakil rakyat Pas sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.
Isu sumpah bai’ah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat Pas menubuhkan parti Harapan Baru selepas kalah dalam pemilihan pada Muktamar Pas ke-61.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004.
Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli Pas berkata, isu keahliannya akan dipecat secara automatik selepas Harapan Baru berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak. "Keahlian Pas saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain," katanya.

Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan 'Gerakan' dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.
"Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai. Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama parti," katanya.
Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata, perkara berkenaan hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi. - Bernama
2 orang berkata:
betul harus jelas perkataannya
jangan buat prasangka tak jelas
Post a Comment