Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASIHAT UNTUK KAWAN

Jadi orang no.2 perlu banyak bersabar




Zahid/Muhyiddin
 
KETIKA rakyat Malaysia masih dalam 'mood' Aidilfitri, semalam terlakar satu lagi sejarah apabila negara digemparkan dengan berita rombakan Kabinet yang diumumkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedudukan Muhyiddin itu kemudiannya digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Biarpun beberapa media telah menyiarkan berita mengenai spekulasi perubahan yang bakal berlaku dalam tampuk pemerintahan negara ini, namun masih ada yang enggan percaya.


Pihak media turut menjadi tidak keruan, mahu tuju ke mana dulu. Ada yang berkejaran mengejar tokoh itu dan ini untuk mendapatkan kepastian.


Akhirnya, ketika jam hampir menunjukkan jam 2 petang, perubahan dalam Kabinet Malaysia berlaku juga.


Kaget... Ya begitulah yang berlaku pada mulanya. Antara percaya ataupun tidak, ia tetap berlaku.


Sebenarnya, pertukaran pimpinan dalam Kabinet, parti dan kuasa eksekutif bukanlah satu perkara baharu.


Malahan desas-desus mengenai pembubaran Kabinet sudah lama berkumandang di halwa telinga kita cuma baru kini menjadi realiti.


[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib] Namun, kali ini sedikit berbeza apabila ia berlaku ketika negara sedang bergelut dengan kenaikan harga bahan api yang tidak menentu, tekanan nilai matawang dan isu-isu lain yang berlaku di dalam negara.

Persoalannya sekarang, adakah pembubaran itu wajar seperti yang difikirkan oleh rakyat Malaysia?


Biar apa pun pendapat rakyat Malaysia, inilah yang dinamakan kuasa Prerogatif yang bermaksud perdana menteri mempunyai kuasa eksekutif dan boleh digunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran Parlimen.


Namun, sejauh manakah barisan Kabinet baharu ini akan membawa mandat rakyat dan akan melalui kesinambungan perjuangan parti itu?
Apa yang pasti, menjadi 'orang nombor dua' 

dalam sesebuah organisasi atau struktur pentadbiran perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Andai mudah melatah dengan mengkritik pucuk pimpinan atau menguar-uarkan pandangan melalui media, akan memberikan implikasi negatif kepada orang nombor dua itu.


Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan Kemanusiaan, UKM, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali, segala tindak-tanduk pemimpin nombor perlu selaras dengan 'orang nombor satu'.


"Jangan sampai no.1 ini merasa tindakan no.2 memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak dilihat selaras," katanya dalam satu program bual bicara khas di Astro Awani, malam tadi.


Beliau menambah, seiring dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi maklumat ketika ini, menyebabkan tindakan orang no.2 di media massa akan memberikan impak yang lebih mendalam.


"Bukan tidak pernah berlaku pengguguran orang no.2 sebelum ini pada tahun 1980an dan 1990an, tetapi kecanggihan teknologi ketika itu dan sekarang adalah amat berbeza. Ini cabaran kepimpinan yang ada sekarang perlu hadapi.


"Cabaran pemimpin di abad ke-21 ialah apabila orang ramai boleh memperoleh maklumat hanya di hujung jari dan atas konteks isu inilah menjadi penyebab orang no.2 itu boleh diturunkan.


"Situasi sekarang dan ketika era Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba adalah berbeza," katanya lagi.


Mengulas lanjut, Mohd Fuad menambah, jika orang no.2 tidak selaras atau mempunyai lencongan pendapat dengan no.1 menyebabkannya mudah tersinggir.


Ketika diminta mengulas mengenai isyarat politik yang ingin. Disampaikan Najib mengenai pengumuman semalam, Mohd Fuad berkata, sebagai Perdana Menteri, Najib ingin membentuk kabinet baharu di mana barisan kepimpinan itu ada campuran yang baharu dan lama untuk meneruskan matlamat pembangunan negara.


"Yang kedua, mengikut keselarian membentuk Kabinet yang ditukar, Perdana Menteri mahu satu pasukan yang baharu untuk terus memimpin negara.


"Satu lagi signal beliau ialah memastikan pembangunan yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri dan menteri dalam potfolio meneruskan agenda membangunkan rakyat.


"Apabila seorang perdana menteri melantik seorang pemimpin menganggotai barisan kepimpinannya bermakna beliau yakin dengan pilihannya dan akan memastikan pasukan yang dibentuk benar-benar komited dengannya," jelas beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.