Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO TAK BETUL SAMAN LA, KALO TAK SAMAN TU TANDA BETUL

Isu kewangan negara tenat buat rakyat keliru

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
 
SHAH ALAM – Rakyat sebenarnya terkeliru kerana terlalu banyak dakwaan mengenai penyelewengan dana melibatkan pemimpin negara dan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
 
Walhal katanya, semua dakwaan yang disebarkan berkaitan isu tersebut hanya satu isu yang tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.
 
“... kita sedang dibanjiri berita buruk mengenai keadaan tenat kewangan negara. Berbagai kontroversi serta kononnya skandal kewangan besar-besaran yang menjadi buah mulut hangat diperkatakan di media sosial. Rungutan mengenai keadaan buruk ini kedengaran di sana-sini. Kedudukan tersepit syarikat pelaburan negara, 1MDB, tidak kurang diperkatakan.
 
“Bagaimanapun apa yang nyata ialah semuanya ini cuma omong kosong yang tidak membawa apa-apa faedah. Hakikatnya rakyat kini terkeliru kerana terdapat terlalu banyak kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan tidak mencerminkan keadaan sebenar,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
 
Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada semua pihak khususnya pemimpin negara untuk berusaha bersama-sama dalam membantu mengatasi masalah tersebut.
 
“Kita menaruh penuh harapan agar masih ada lagi maruah di negara tercinta ini. Juga diharapkan akan tampil budiman bermaruah yang mampu memberi keterangan berasaskan fakta berkaitan yang ada pada mereka demi mententeramkan keadaan.
 
“Mereka hendaklah berpegang teguh kepada prinsip, tanpa berganjak daripada pegangan moral. Sekiranya inilah keadaannya, sudah tentu kita tidak perlu mengadakan soal siasat dan penyiasatan. Jikalau masalah serta fakta berkaitan diketahui, kenapa tidak berterus terang?,” katanya selain menjelaskan bahawa langkah tersebut merupakan salah satu usaha mengembalikan keyakinan rakyat.
 
Dalam perkembangan terbaharu semalam,  Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1MDB tidak menemukan sebarang bukti salah laku.
 
"Sehubungan itu, dakwaan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak termasuk berkenaan 'kehilangan' RM42 bilion dan pemindahan US$700 juta kepada individu tertentu tidak berbangkit," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kota bharu-
nak membentuk sebuah parti yang juga berasaskan kepada Islam itu saya rasa takut akan mengecilkan suara, banyak sangat parti Islam ini, bagaimanapun itu terpulang kepada pihak-pihak berkenan KERANA KITA MENGAMALKAN DEMOKRASI, nak tubuh parti... tubuhlah,”

-timbalan mursyidul am pas,dato ahmad yakob..

hehe..ko tengok hurup besar kat statement dia tu..
ko x payah intai perbuatan parti musuh demokrasi ko..
ko intai perbuatan ko dlu haha...
sembang toghut konon...
malu la sikit..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.