Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Low Yat kecoh: Jangan sampai alih isu lebih besar

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas berharap pihak berkuasa dapat bertindak secepat mungkin untuk menutup rapat peluang kepada pihak yang cuba menangguk di air keruh berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.
 
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya bimbang mengenai perkara itu kerana terlihat adanya ruang untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu yang lebih besar terutamanya isu yang membabitkan kepentingan negara.
 
"Rakyat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan berwaspada. Meskipun insiden di Low Yat ini menggusarkan, namun rakyat tidak perlu terikut-ikut dan terjerat dengan isu perkauman yang cuba ditiup sehingga isu yang lebih besar seperti kontroversi yang melibatkan dana negara dan integriti pemimpin tertinggi dilupakan.
 
"Jangan kerana barangan yang nilainya seribu dua, maka tertutupnya isu dana negara berbilion ringgit. Kaedah mengalihkan perhatian dengan memperbesarkan isu yang kecil dan memperkecilkan isu yang besar ini akhirnya boleh menyebabkan rakyat melupakan isu negara itu.
 
"Pendek kata, jangan jadi alat kepada orang lain yang mahir mempergunakan sentimen perkauman dan kemarahan yang cuba ditimbulkan. Jadilah rakyat yang sedar," katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Low Yat kecoh lagi, petugas media turut cedera]
 
Menggulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, oleh itu besar harapannya agar semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan kes ini dengan sebaik mungkin.
 
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak segera agar para pembeli sentiasa diberi kesedaran yang cukup dan hak mereka dijaga di samping memastikan para peniaga berniaga secara beretika. 
 
"Polis dan SKMM perlu bertindak menghentikan cubaan menimbulkan api perkauman dan kebencian antara kaum di media sosial," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.