SUDAH LAMA DIDALAM PASPUN MASIH TAK FAHAM MAKSUD REDHA ALLAH, PAS DAN AHLI JAWATAN KUASANYA BARU SHAJA LAGI MENYANDANG JAWATAN SUDAH DIASAK DENGAN BERBAGAI PERSEPSI NEGATIF, SEOLAH-OLAH TEGURAN MAFFUZ ITU SEPERTI SUARA TAK PUAS HATI KERANA KEKALAHANNYA PADA MUKTAMAR LALU, APA YANG KITA LIHAT PAS BUKAN SEOLAH-OLAH SUDAH GOYANG ATAU GENTAR DENGAN KEMUNCULAN HARAPAN BAHARU TAPI BANYAK MENGINGATKAN AHLI, JIKA MAHU INGAT, MAHFUS TERLALU GOPOH MACAM DAP JUGA
PAS TENTUNYA MAHUKAN KEMENANGAN, TAK PAYAHLAH MAHFUZ INGATKAN, ORANG BODOHPUN TAHU APA MATLAMAT PERJUANGAN, TAK PAYAH AJAR, TAK PAYAH CAKAPLAH, TAPI JIKA KEMENANGAN ITU PERLU MENGORBANKAN DASAR PERJUANGANNYA MAKA APAKAH JADAHNYA ? MAHFUZ PERNAH MENEMPELAK DAP KERANA MENENTANG HUDUD, DENGAN MENIMBULKAN MANA DEMOKRASI ? TAPI SEKARANG CAKAP MAHFUZ SEOLAH-OLAH SUDAH MENEMPELAK PAS PULA, MENGAPA MAHFUZ TAK BOLEH BERSABAR, SEPATUTNYA MAHFUZ SEBAGAI AHLI JAWATAN KUASA PARTI PERLU MENELITI UCAPANNYA SEBELUM INI, CHEK BALIK KAMU PUNYA UCAPAN, JANGAN BERDALIH SECARA BODOH DAN BERBELIT-BELIT, HANG DAH NYAYOK KAAA ? - Pak Karamu
Sokongan pengundi terhadap Pas dijangka merosot
ALOR SETAR - Sokongan pengundi Melayu Islam terhadap Pas dijangka terus
merosot berikutan kelantangan pimpinannya mengecam kewujudan Harapan
Baru.
Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata,
kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Pas sebagai respon terhadap Gerakan
Baru bukan sekadar mengecam tetapi dalam masa sama memperlihatkan
kerisauan, kebimbangan serta ketakutannya terhadap kemunculan gerakan
itu.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, tindakan itu akan
membuka ruang kepada ahli Pas memberi respon baik terhadap Harapan Baru
sekaligus menjejaskan sokongan pengundi khususnya dari kalangan
pimpinan dan ahlnya dari pelbagai peringkat.
"Pelbagai kenyataan dari pimpinan Pas disiarkan dalam Harakah menimbulkan isu kononnya ancaman merosakkan Pas dari dalam berpunca dalam kalangan mereka yang pernah terlibat dengan Majlis Perwakilan Islam (IRC), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) akan menambahkan lagi kemerosotan undi Melayu Islam kepadanya.

"Kenyataan itu seolah-olah mempersoalkan keikhlasan ahli Pas sendiri
yang berlatar belakang fikrah IRC, JIM dan kini dinamakan Ikram,"
katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, semua pihak harus mengakui sedikit sebanyak kekuatan ada pada Ikram yang mempunyai rangkaian di pelbagai peringkat akan menjejaskan kekuatan Pas dari sudut politik pilihan raya.

"Mungkin dari sudut kekuatan sebagai gerakan Islam, Pas boleh rasa syok
sendiri kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam
selimut. Namun dari sudut pilihan raya, ia perlu sokongan dan undi dari
semua orang sama ada Islam atau bukan Islam.
"Kenyataan mengaitkan ahli Ikram terutama mereka yang menyertai Pas atau mengundi dalam setiap pilihan raya sudah pasti akan melukakan pihak terbabit kerana mereka digambarkan sebagai pengkhianat kepada Jemaah Islam Pas. Tindakan ini akan mengundang kemerosotan sokongan ahli Ikram terhadap Pas," katanya.
Menurutnya, kesan jangka panjang bukan sahaja kepada Ikram tetapi membabitkan pandangan dari kumpulan Islam lain yang merasakan Pas sudah tidak boleh menerima kelainan fikrah dari jemaah bukan terhasil melalui tarbiah Pas untuk bersama Pas.
"Pas sepatutnya memberi perhatian kepada pengundi terasnya iaitu Melayu Islam supaya tidak kehilangan atau berlaku kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Di samping itu, ia berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya pengundi Cina.
"Jangan sekadar hanya menyatakan yang penting bukan hanya kemenangan tetapi mencari keredhaan Allah. Jika begitu Pas tidak perlu lagi menyertai pilihan raya cukup sekadar dengan program dakwah dan tarbiah membangunkan ummah. Hakikatnya kita mahu politik kuasa yang diredhai ALLAH, " katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment