Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Chong Wei, Zulfadli mara ke pusingan ketiga esok
Lee Chong Wei
Lee Chong Wei - Foto AFP
 
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa mengharungi aksi sehingga ke rubber set sebelum memastikan kemaraannya bagi mengiringi Zulfadli Zulkiffli di pusingan ketiga Kejohanan Dunia, di Istora Senayan, di sini hari ini.
 
Chong Wei menempah tempatnya selepas menundukkan pemain Jerman, Marc  Zweibler 21-14, 17-21, 21-8 dalam pertarungan sejam bagi melebarkan rekod pertemuannya dengan lawan itu kepada 11-0.
 
Selepas menang selesa di set pertama, Chong Wei hilang tumpuan di set berikutnya untuk membolehkan Zweibler mencuri set itu yang juga kali pertama dilakukannya dalam 11 pertemuan mereka sejak Mei 2009.
 
"Saya memang kurang fokus dalam set kedua dan terpaksa bertarung dalam tiga set tetapi kemudiannya saya mahu cepat tamatkan perlawanan set ketiga," katanya.
 
Chong Wei yang akan menentang pilihan kelapan, Wang Zhengming dari China di pusingan ketiga esok, mengakui dia perlu memperbaiki permainannya dengan memberi lebih fokus dalam setiap langkah lawan agar tidak lagi terheret dalam perlawanan yang panjang.
 
"Saya sememangnya berminat untuk berentap dengan Wang dan akan buktikan sesuatu esok," katanya yang menang dalam semua 13 pertemuan dengan pemain China itu yang kali terakhir ditemuinya di Terbuka Taiwan Julai lepas.
 
Terdahulu, juara remaja dunia 2011, Zulfadli berjaya mengenepikan pemain Ireland, Scott Evans 21-16, 21-13 bagi melangkah ke pusingan ketiga dan akan menentang Wei Nan dari Hong Kong.
 
Pemain berusia 22 tahun itu berkata, semua perlawanannya di kejohanan ini adalah pengalaman terbaik buatnya kerana ini adalah penampilan sulungnya di kejohanan berprestij ini.
 
"Saya benar-benar bersyukur dengan kemenangan ini kerana berjaya melangkah ke pusingan seterusnya...Alhamdulillah," katanya.
 
Sementara itu, juara Sukan Sea, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho mara ke pusingan ketiga acara bergu wanita selepas menundukkan pilihan ke-16, Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-17, 21-14.
 
Di pusingan ketiga, mereka akan menentang pilihan utama, Misaki Matsumoto/Ayaka Takahashi dari  Jepun yang sebelum itu menyekat laluan satu lagi pasangan negara, Joyce Choong/Yap Cheng Wen 21-10, 21-9.
 
Gandingan Lim Yin Loo/Lee Meng Yean turut kalah kepada pasangan tuan rumah yang juga pilihan kesembilan, Nitya Krishinda Maheswari/Gresya Poli 21-17,  13-21, 11-21. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.