Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

5 DITANGKAP LEMPAR MERCUN




Empat lelaki ditahan berhubung letupan mercun di Dataran Merdeka

31/08/2015 12:54pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lagi individu berhubung insiden letupan dipercayai berpunca daripada mercun ketika peserta perhimpunan Bersih 4 sedang bersurai di sekitar Dataran Merdeka, awal pagi tadi

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, tangkapan itu menjadikan jumlah tangkapan sehingga ini seramai lima orang.

"Keempat-empat mereka ditahan dalam dua kejadian berasingan di sekitar Dataran Merdeka.
 CLICK TO SEE MORE 
"Dalam senario pertama seorang lelaki didapati membakar dan membaling mercun ke arah peserta, manakala senario kedua, dua lelaki didapati membakar mercun dan ketika ditahan datang seorang lagi lelaki cuba menghalang polis daripada menahan kedua-dua lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan awal pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dan seorang lagi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tajudin dalam kenyataan media semalam berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan. - Bernama

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.