Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIH 4.0 KL


Lautan manusia banjiri KL sertai Bersih 4.0

KL mula sesak, peserta Bersih 4.0 penuhi ibu kota
Kuala Lumpur dipenuhi warna kuning pada hari pertama Himpunan Bersih 4.0. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Keadaan di ibu negara dengan kehadiran ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 masih terkawal sekakat ini.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Peserta yang mula berkumpul di beberapa lokasi sejak awal pagi, dilihat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.


Beberapa lokasi yang sudah ditetapkan pihak penganjur mula dipenuhi dengan peserta himpunan yang memakai baju berwarna kuning.


Mereka juga kelihatan mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Ikuti laporan langsung dari kami menerusi laman web www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Harian dan Twitter @SinarOnline untuk perkembangan terkini himpunan Bersih 4.0.


12.00  tengah hari: Di kebanyakan lokasi di ibu negara mula dipenuhi dengan peserta himpunan Bersih 4.0.

12.04 tengah hari: kelihatan pemimpin pembangkang antaranya, Rafizi Ramli muncul di khalayak peserta Bersih 4.0.

12.12 tengah hari: Sebanyak tujuh buah bas yang membawa anggota polis kelihatan memasuki Dataran Merdeka.

12.30 tengah hari: Peniaga air menolak jualan masing-masing berikutan kawasan berhampiran Dataran Merdeka mula dibanjiri peserta Bersih 4.0
 
12.37 tengah hari: Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan hadir di Nu Sentral. MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut kelihatan di Sogo.

12.39 tengah hari: Peserta Bersih 4.0 semakin ramai berkumpul di Nu Sentral.
12.40 tengah hari: Keadaan di Masjid Negara masih tenang dan belum kelihatan seorang mana-mana pemimpin parti.

12.50 tengah hari: Orang awam sedang melihat peserta Bersih yang berkumpul di hadapan Sogo. Kelihatan juga peniaga jual vuvuzuela di hadapan Sogo.
1.00 petang: Presiden Majlis Peguam,  Steven Tiru tiba di Masjid Negara bersama beberapa wakil peguamnya.

1.02 petang: Rafizi berucap memberi arahan tindakan selanjutnya kepada peserta Bersih 4.0 di Sogo.

1.11 petang: Laungan 'Tangkap Najib' 'Bersih' dan nyanyikan lagu Negaraku berkumandang di Nu Sentral diketuai Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan.

Peserta Bersih di Sogo akan berada di kompleks membeli-belah itu sehingga jam 3.30 petang sebelum bergerak ke kawasan Dataran Merdeka, kata Rafizi


1.12 petang: Peserta Bersih 4.0 yang berkumpul di Menara Maybank mula berarak ke Pasar Seni.
1.15 petang: Petugas Bersih 4.0 menggantungkan banner tertera penghargaan kepada peserta perhimpunan itu kerana tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka.

1.40 petang: Seorang petugas perubatan kelihatan bersiap sedia membantu peserta jika berlaku kemalangan sepanjang perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka

1.50 petang: Sekumpulan peserta Bersih 4.0 menunggang basikal di hadapan Nu Sentral.
1.50 petang: Ketua Parlimen DAP,  Lim Kit Siang tiba di pekarangan Masjid Negara
1.55 petang: Petugas Keselamatan (Arif) memulakan perhimpunan di Masjid Negara dengan bacaan doa.

2.00 petang: Suasana di Nu Sentral semakin panas dengan pertambahan peserta Bersih 4.0.

Di Sogo, peserta himpunan Bersih 4.0 mula memasuki kawasan jalan raya di hadapan kompleks beli-belah itu. Mereka turut menyayikan lagu Negaraku.

Peserta bersih di sogo telah berarak ke Dataran Merdeka.
2.07 petang: Peneraju Gerakan Harapan Baru Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberi ucapan di Nu Sentral.

2.06 petang: Petugas Pilihan raya Bersih 4.0 meminta peserta berundur dari Dataran Merdeka
Keadaan di Masjid Negara mula dibanjiri peserta bersih. Suasana semakin hangat sebaik ketibaan Pengerusi Harapan Baru,  Mohamad Sabu


2.07 petang: Anggota trafik mula menutup laluan masuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan Maju Juntion. Semua kenderaan termasuk motosikal dihalang memasuki jalan berkenaan.

2.10 petang: Di Pasar Seni, Setiausaha Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad antara tokoh politik yang hadir

2.11 petang: Ketua Dapsy, Teo Kok Seong berucap kepada peserta Bersih 4.0 di hadapan Sogo sambil disaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin Harapan Baru, Salahuddin Ayub.

2.13 petang: Peserta Bersih 4.0 daripada Brickfields mula bergerak ke Dataran Merdeka.
2.50 petang: Keadaan di Sogo kembali lengang.

2.55 petang: Mat Sabu dengan Kit Siang mula bergerak ke Dataran Merdeka
Mat Sabu dalam ucapannya sebelum itu meminta "kita bergerak pelahan-lahan ada 33 jam tidak perlu berlumba-lumpa. Jalan macam ala mak inang Pulau Kapas. 
 
"Bila ada tempat berhenti kita berhenti. kita terus ke Dataran Merdeka jangan masuk kawasan padang. Kerusi sudah diatur untuk sambut Merdeka.
Jangan kacau langsung. Ikut arahan.kita sudah buat banyak kali, kita disiplin. Elakkan provokasi. Ikut acara yang diatur Bersih. Sehingga 12 malam esok selepas doa dibaca baru kita bersurai," katanya.
 
3.00 petang: Antara ucapan pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli kepada peserta himpunan.
 
"Terima kasih abang polis sebab tak tangkap kami sebelum perhimpunan bermula. Sebab polis tahu, apabila rakyat turun beribu-ribu ke bawah, tidak ada kuasa yang boleh menghalang rakyat
 
"Insya-ALLAH ini kali terakhir kita buat Bersih di mana Najib sebagai Perdana Menteri," katanya. 
 
3.05 petang: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali juga turut berucap. 
 
Antara yang diperkatakan Azmin, "wahai KBAB (Tan Sri Khalid Abu Bakar), kami berkumpul ddemi anak-anak Malaysia, termasuk anak polis dan keluarga polis dari rasuah dan perompak."
 
3.15 petang: Kelihatan seorang pemuda mengutip sampah yang bertaburan di pekarangan Sogo selepas sebahagian besar peserta Bersih 4.0 meninggalkan kawasan itu menuju ke Dataran Merdeka.
 
3.20 petang: Sebuah dron dikesan berada di udara sedang merakam video aktiviti peserta Bersih 4.0 di persimpangan jalan ke Dataran Merdeka.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Alhamdulillah... Kehadiran memang betul2 di luar jangkaan sekali pun tanpa kehadiran pemimpin2 dan walaun2 pas pis pus pussy... Bravo! pas pis pus pussy boleh jadi katak bawah tempurung selepas ini.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.