Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAKAL DITAMATKAN PERKHIDMATAN


Khidmat doktor 'selfie' mungkin ditamatkan
Doktor kongsi gambar nampak 'anu' pesakit dikecam
 
 
PUTRAJAYA - Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Bahru, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
 
Tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu, bagaimanapun akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, yang antara lain juga, boleh digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran, katanya.
 
Mengulas tindakan doktor wanita yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit dalam posisi bersalin, Dr Subramaniam berkata ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan.
 
"Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap," katanya kepada pemberita di kementeriannya di sini hari ini.
 
Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan.
 
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi.
 
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian.
 
Beliau berkata tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian.
 
"Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian," katanya. - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

Kena ikut prosedur. Tak boleh main buang. Kang kejaan kena saman balik. Prosedur termasu:
Amaran, tunjuk sebab, potong gaji, tahan gaji, turun pangkat, gantung kerja, akhir sekali buang kerja. Tak kira berat mana, kna ikut prosedur.

Tak boleh main halau macam halau golongan progresif. Takut kena kat diri kita balik.

XUMNO said...

Betul kata Anon. 4:53. Kena ikut prosedur dalan buang kakitanfan kerajaan. Tapi pihak progresif(?) bukan kena halau. Mereka tak ikut prosedur langsung. Nak tubuh partu baru tapi tak mahu berhenti dari Pas. Masih ambil elaun wakil rakyat atas nama Pas sampai hari ni.Konon progresif dan amanah, tapi diri sendiri tunjuk sikap kianat dan tidak matang dan tak ada prinsip. Nak namakan parti pun curi parti lain dan tipu. Dengarnya terpaksa namakan DIP seakan2 nama parti yang sponser mereka, lain perkataan jadi kaldai Dap lah. Senang cerita.

Sr Gustavo Mendes said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

Unknown said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
$ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.