Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERILAH KERUSI TU PADA SAMI

Mak eh, rupanya ada lagi perangai orang tua macam ni, kaki rompak rupanya dia, patut la masa dalam PAS dulu dia tak pernah menag walaupun PAS letak tempat ramai melayu, Pak Karamu tak perlu mintak ma'af ngan orang muda ni, sedikit sebanyak tahulah apa ada pada isi hatinya,  masih terlalu awal nak dedah aktiviti politiknya, dia ni pun rasanya tak lama dalam parti baru - Pak Karamu                                                                                                                                                
Bai'ah tidak lagi sah




Ahmad Awang
Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang


KUALA LUMPUR - Bai'ah dilafazkan wakil rakyat Pas yang meninggalkan parti itu tidak lagi sah selepas terkuburnya PR.

Penasihat Umum Parti Pekerja, Ahmad Awang berkata, ini kerana kerusi dimenangi mereka dalam PRU13 lalu adalah atas tiket PR dan bukan Pas semata-mata.


“Calon Pas yang guna lambang bulan bertanding bukan atas nama Pas bersendirian tetapi PR. Jadi kemenangan mereka adalah dalam PR.


“Ketika mereka berbai'ah sebagai calon, walaupun atas nama parti tapi hakikatnya di bawah PR. Sekarang PR dah roboh, maka apa yang terikat dalam bai'ah tersebut tidak lagi sah,” katanya dalam sidang media pengumuman Gerakan Harapan Baru sebagai parti politik dengan nama Parti Pekerja, di sini, semalam.


Antara wakil rakyat yang meninggalkan Pas dan menyertai Parti Pekerja ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.


Mengulas lanjut mengenai kemenangan Pas atas nama PR, Ahmad mengambil contoh kerusi yang ditandingi DAP atas nama Pas.


“DAP tak bertanding di Terengganu tetapi menyokong calon Pas. Ini menyebabkan Pas menang di kerusi yang dahulunya kalah.


“DAP juga pernah guna lambang Pas kerana hubungan mereka koalisi (dalam PR) itu. Malah, Setiausaha Agung Pas juga pernah keluarkan surat watikah dengan lambang Pas kepada DAP,” katanya.
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.