"Saya yakin (individu yang membocorkan) bukan dari pihak kami.
  “...tetapi dikeluarkan semula. Saya kesal apabila perkara ini berlaku," katanya selepas memberi keterangan mengenai kes berkenaan kepada pihak polis di sini, hari ini.

Terdahulu, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengambil keterangannya berhubung kebocoran siasatan itu.


Pada sesi siasatan berkenaan, pihak polis tiba di pejabat SPRM kira-kira jam 2.45 petang, manakala Bahri pada jam 3.10 petang.


"Saya merakam keterangan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 124 B Kanun Keseksaan. Siasatan dilakukan bagi mencari dan mengesan individu terlibat dalam pembocoran maklumat tersebut, “ katanya.


Katanya, SPRM melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.
  "Amat menghairankan apabila Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi kami ditahan pada jam 1 pagi (baru-baru ini). Kenapa perkara ini boleh berlaku,"katanya.

“Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa mengira siapa yang terlibat.


"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan. Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.


"Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," katanya.


Dalam pada itu, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.