JOHOR BAHRU - Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad menggesa siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Kira-Kira Wang Negara terhadap 1MDB diteruskan segera.


Beliau mengakui jika tidak diselesaikan segera ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Justeru dia mencadangkan supaya senarai dalam jawatankuasa pemilih diselesaikan segera membabitkan wakil dari BN dan pembangkang berikutan berlaku perubahan selepas rombakan dan kesepakatan antara parti pembangkang dalam pakatan rakyat.

Jawatankuasa pemilihan bertujuan memilih Pengerusi PAC yang baharu menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini diserap ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN).

[ARTIKEL BERKAITAN: