Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Akar umbi Umno Johor bersuara

Akar umbi Umno Johor bersuara
Hashim (tengah) dan Shaharuddin (dua, kiri) bersama sebahagian ahli akar umbi Umno yang menggerakkan program Solat Hajat Perdana sejak seminggu lalu.
 
SKUDAI - Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.
 
Ahli Umno Cawangan Presint Bakti (Mutiara Rini), Hashim Abdullah berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif akar umbi Umno Johor dan berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30 masjid serta surau seluruh negeri Johor.
 
Menurutnya, rata-rata akar umbi Umno negeri itu berharap tiada pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kanan Umno kerana bimbang menyebabkan berlaku perpecahan lebih teruk dalam parti itu.
 
“Solat hajat ini mula digerakkan sejak seminggu lalu selepas kami menerima maklumat akan berlaku pemecatan terhadap beberapa pemimpin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti.
 
“Kami tidak mahu ia berlaku terhadap Muyiddin dan pemimpin lain termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya.
 
Selain itu, Hashim berkata, akar umbi amat berharap agar ahli Majlis Tertinggi membuat keputusan rasional dengan mengutamakan perpaduan dan penyatuan parti dalam sebarang keputusan diambil.
 
“Penganjuran solat hajat ini bukan mahu menentang arus tetapi mahu mewujudkan penyatuan dalam Umno kerana ahli mula kucar-kacir sejak Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
 
“Kami bimbang pemecatan dalam parti akan menyebabkan perpecahan lebih teruk dan menggugat kepercayaan akar umbi terhadap Umno menghadapi PRU14,” katanya.
 
Sementara itu, Ahli Umno Taman Sri Skudai, Mohd Saharuddin Mohd Jamal berharap pemilihan Umno diteruskan pada tahun depan dan tidak ditangguhkan sehingga 18 bulan lagi.
 
“Kami berharap Tan Sri (Muhyiddin) dikekalkan sehingga pemilihan Umno berlangsung dan tidak mahu pemilihan ditangguhkan seperti dimaklumkan,” katanya.
 
Bagi Setiausaha Kerja Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Omar Ponijian, akar umbi Johor berharap Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno tidak akan membuat tindakan yang boleh melemahkan parti termasuk memecat orang kanan dalam Umno.
 
Katanya, dalam suasana politik semasa yang dilihat kurang memihak kepada Umno dan BN, sepatutnya pucuk pimpinan melakukan pelan pemulihan mengembalikan keyakinan rakyat memilih Umno sebagai tunjang kerajaan.

3 orang berkata:

Anonymous said...

kerismudin kan ada, apa nak risau

Anonymous said...

Satu pndekatan yg bagus....lebih bagus kalu minta najib disingkirkan sekali..

Anonymous said...

Lai bagus kalau ajak Hj hadi jadi imam solat hajat tersebut .jemput juga haron din dan mahfoz johor.semoga berjya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.