Akar umbi Umno Johor bersuara
Hashim
(tengah) dan Shaharuddin (dua, kiri) bersama sebahagian ahli akar umbi
Umno yang menggerakkan program Solat Hajat Perdana sejak seminggu lalu.
SKUDAI - Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno Johor dijangka menghadiri
Solat Hajat Perdana jam 8 malam ini, bagi mendoakan tiada pemecatan
terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, esok.
Ahli Umno Cawangan Presint Bakti (Mutiara Rini), Hashim Abdullah
berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif akar umbi Umno Johor dan
berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30
masjid serta surau seluruh negeri Johor.
Menurutnya, rata-rata akar umbi Umno negeri itu berharap tiada
pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kanan Umno kerana bimbang
menyebabkan berlaku perpecahan lebih teruk dalam parti itu.
“Solat hajat ini mula digerakkan sejak seminggu lalu selepas kami
menerima maklumat akan berlaku pemecatan terhadap beberapa pemimpin
dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti.
“Kami tidak mahu ia berlaku terhadap Muyiddin dan pemimpin lain
termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar
Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya.
Selain itu, Hashim berkata, akar umbi amat berharap agar ahli Majlis
Tertinggi membuat keputusan rasional dengan mengutamakan perpaduan dan
penyatuan parti dalam sebarang keputusan diambil.
“Penganjuran solat hajat ini bukan mahu menentang arus tetapi mahu
mewujudkan penyatuan dalam Umno kerana ahli mula kucar-kacir sejak
Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Kami bimbang pemecatan dalam parti akan menyebabkan perpecahan lebih
teruk dan menggugat kepercayaan akar umbi terhadap Umno menghadapi
PRU14,” katanya.
Sementara itu, Ahli Umno Taman Sri Skudai, Mohd Saharuddin Mohd Jamal
berharap pemilihan Umno diteruskan pada tahun depan dan tidak
ditangguhkan sehingga 18 bulan lagi.
“Kami berharap Tan Sri (Muhyiddin) dikekalkan sehingga pemilihan Umno
berlangsung dan tidak mahu pemilihan ditangguhkan seperti dimaklumkan,”
katanya.
Bagi Setiausaha Kerja Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Omar Ponijian, akar
umbi Johor berharap Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno tidak akan
membuat tindakan yang boleh melemahkan parti termasuk memecat orang
kanan dalam Umno.
Katanya, dalam suasana politik semasa yang dilihat kurang memihak
kepada Umno dan BN, sepatutnya pucuk pimpinan melakukan pelan pemulihan
mengembalikan keyakinan rakyat memilih Umno sebagai tunjang kerajaan.


3 orang berkata:
kerismudin kan ada, apa nak risau
Satu pndekatan yg bagus....lebih bagus kalu minta najib disingkirkan sekali..
Lai bagus kalau ajak Hj hadi jadi imam solat hajat tersebut .jemput juga haron din dan mahfoz johor.semoga berjya
Post a Comment