Iskandar yang juga merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Pengurusan Perumahan, Bangunan dan Setinggan berkata, tindakan itu memperlihatkan Azmin sebagai orang yang celik politik serta memahami realiti kehendak politik kini.
“Saya melihat bahawa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berpijak dibumi yang nyata.
“Bersih 4.0 walaupun diwar-warkan satu negara, namun tidak lebih daripada 10 peratus orang Melayu. Ini berlaku kerana Pas tidak terlibat.
“Ini bermakna pengaruh Pas dalam kalangan orang Melayu berdasarkan Bersih 4.0 adalah sungguh besar sekali. Oleh itu bagi saya, hanya orang tidak faham realiti politik yang tidak mempedulikan Pas,“ katanya kepada media ketika ditanya respons Pas terhadap pendirian Azmin berkaitan kerjasama politik antara Pas dan PKR di Selangor.
Semalam, Azmin Ali dalam satu kenyataan menegaskan PKR akan terus menggunapakai pendirian asal untuk terus menjalin kerjasama dengan Pas dan beberapa parti lain demi menjaga kepentingan rakyat.
Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai kerjasama Pas dan DAP di Selangor, Iskandar berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama buat masa ini, kerana kedua-dua parti itu lebih mengutamakan rakyat.
“Kita bekerjasama seperti biasa, masih bertemu dan bercakap,” katanya.



1 orang berkata:
Harakah ubah jadi Utusan Harakah pun cantik jugak. Tak pun tukar jadi Berita Harakah. Tambah ruangan artis dan sukan. Tentu ramai yg akan beli.
Post a Comment