Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN TERBANG DAH

Iskandar: Azmin berpijak di bumi yang nyata

Iskandar Abdul Samad
Iskandar
 
KUALA LUMPUR - ‎ Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menyatakan pendirian untuk terus menjalinkan kerjasama politik bersama Pas adalah satu langkah yang bijak.‎

‎Iskandar yang juga merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Pengurusan Perumahan, Bangunan dan Setinggan berkata, tindakan itu memperlihatkan Azmin sebagai orang yang celik politik serta memahami realiti kehendak politik kini.‎

‎“Saya melihat bahawa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berpijak dibumi yang nyata.

‎“Bersih 4.0 walaupun diwar-warkan satu negara, namun tidak lebih daripada 10 peratus orang Melayu. Ini berlaku kerana Pas tidak terlibat.

“Ini bermakna pengaruh Pas dalam kalangan orang Melayu berdasarkan Bersih 4.0 adalah sungguh besar sekali.‎ Oleh itu bagi saya, hanya orang tidak faham realiti politik yang tidak mempedulikan Pas,“ katanya kepada media ketika ditanya respons Pas terhadap pendirian Azmin berkaitan kerjasama politik antara Pas dan PKR di Selangor.

Semalam, ‎Azmin Ali dalam satu kenyataan menegaskan PKR akan terus menggunapakai pendirian asal untuk terus menjalin kerjasama dengan Pas dan beberapa parti lain demi menjaga kepentingan rakyat.

‎Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai kerjasama Pas dan DAP di Selangor, Iskandar berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama buat masa ini, kerana kedua-dua parti itu lebih mengutamakan rakyat.

‎“Kita bekerjasama seperti biasa‎, masih bertemu dan bercakap,” katanya.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Harakah ubah jadi Utusan Harakah pun cantik jugak. Tak pun tukar jadi Berita Harakah. Tambah ruangan artis dan sukan. Tentu ramai yg akan beli.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.