LEPAS KUNING MERAH, LEPAS MERAH HIJAU, LEPAS HIJAU ........... Pak Karamu
Himpunan 60K bukan kerana ahli keluar parti
Nik Abduh (tengah) ketika bercakap pada sidang media di ibu negara hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK
KUALA LUMPUR - Penganjuran Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) bukan kerana ramai ahli Pas meninggalkan perjuangan parti.
Pengarah H60K, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini.
"Sama ada krisis dalam negara, krisis dalam PR, krisis dalam Pas. Semua itu perlukan sokongan, dukungan dan kesefahaman ahli supaya mereka sentiasa siap sedia serta yakin dengan perjuangan Pas.
"Tidak, ia tiada kaitan dengan pemimpin yang nak keluar," katanya pada sidang media pelancaran H60K di Ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, himpunan itu bagi membangkitkan semangat akar umbi parti.
"Kita tumpu kepada semangat ahli kita di mana kita tahu apabila ahli melihat Pas dalam krisis, mereka menuntut sesuatu daripada pimpinan.
"Himpunan ini bukan kerana kebimbangan akar umbi tapi semangat mereka untuk mengukuhkan Pas dan menunjukkan bahawa mereka istiqamah dengan Pas," katanya.
Jelasnya, Pas akan menjemput semua parti politik pembangkang dan kerajaan serta NGO menyertai himpunan itu.
"Kita jemput semua sebab ini himpunan rakyat. Kalau BN nak datang pun kita akan...surat jemputan itu kita akan buat," katanya.
Sementara, setiausaha himpunan tersebut, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran minima penglibatan peserta itu susulan melihat momentum mutakhir di mana rakyat mencari platform untuk kebangkitan.
"Kita akan mengerahkan keseluruhan masyarakat bukan hanya untuk ahli tapi kepada semua rakyat yang menyokong perjuangan Pas untuk menggerakkan perubahan dalam negara kita.
"Kita yakin dapat capai sasaran kita paling minima 60,000 itu kerana kita lihat momentum mutakhir ini di mana rakyat mahukan perubahan dan mereka mencari platform untuk kebangkitan menghadapi PRU14. Boleh dianggap himpunan ini sebagai pemanas badan jentera untuk mendepani PRU14," katanya.


0 orang berkata:
Post a Comment