Ayah perlu dibedah segera, tegas Nurul Izzah
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kecewa dengan layanan
buruk dan kelewatan yang disifatkannya tidak berhati perut dalam cubaan
mendapatkan rawatan terhadap ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya hari ini, beliau berjumpa dengan Anwar semalam di Sungai Buloh.
"Kami bimbang dan gelisah kerana ayah memberitahu beliau memerlukan pembedahan segera," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Nurul Izzah, pakar mencadangkan Anwar untuk menjalani pembedahan mikro atau pembedahan di bahunya.
"Jelas bahawa suntikan steroid tidak mencukupi atau meneruskan fisioterapi intensif dan analgesik yang kuat tidak mungkin dilakukan di dalam penjara," kata Nurul Izzah.
Nurul Izzah menggesa supaya satu taklimat diadakan antara keluarga Anwar, panel doktor dan Anwar sendiri supaya ayahnya boleh membuat keputusan mengenai jenis pembedahan.
"Keluarga Datuk Seri Anwar tidak akan melayan apa-apa kelewatan.
"Jika ini berterusan kami akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak perubatan Anwar," jelas Izzah.


1 orang berkata:
Ada juga yg perlu dibedah otak utk menyambung wayar yg dah putus. Pembedahan ini amat bahaya. Kemungkinan untuk pulih semula hanya 0.5%
Post a Comment