Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERLU PEMBEDAHAN SEGERA

Ayah perlu dibedah segera, tegas Nurul Izzah

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kecewa dengan layanan buruk dan kelewatan yang disifatkannya tidak berhati perut dalam cubaan mendapatkan rawatan terhadap ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya hari ini, beliau berjumpa dengan Anwar semalam di Sungai Buloh.

"Kami bimbang dan gelisah kerana ayah memberitahu beliau memerlukan pembedahan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nurul Izzah, pakar mencadangkan Anwar untuk menjalani pembedahan mikro atau pembedahan di bahunya.

"Jelas bahawa suntikan steroid tidak mencukupi atau meneruskan fisioterapi intensif dan analgesik yang kuat tidak mungkin dilakukan di dalam penjara," kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah menggesa supaya satu taklimat diadakan antara keluarga Anwar, panel doktor dan Anwar sendiri supaya ayahnya boleh membuat keputusan mengenai jenis pembedahan.

"Keluarga Datuk Seri Anwar tidak akan melayan apa-apa kelewatan.

"Jika ini berterusan kami akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak perubatan Anwar," jelas Izzah.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ada juga yg perlu dibedah otak utk menyambung wayar yg dah putus. Pembedahan ini amat bahaya. Kemungkinan untuk pulih semula hanya 0.5%

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.