Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHYIDDIN LEBIH BERANI SEKARANG

Sudah masanya untuk bertindak

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
 
PUTRAJAYA - Sudah masanya untuk semua ahli Umno bersuara lebih lantang untuk menolak salah laku yang dibuat kepimpinan dalam parti.
 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno sebagai tunjang kerajaan mampu melakukan sesuatu bagi memperbaiki kepincangan yang berlaku hari ini.
 
"Saya temui ramai pemimpin (Umno) mereka ada perasaan yang sama. (Cuma) budaya Umno ramai yang tak bersedia secara terbuka atas sebab tertentu takut digugurkan atau sebagainya.
 
"Patut hal itu tidak berlaku lagi, masanya sudah sampai. Ahli Umno bukan tentang pemimpin tapi jangan berdiam diri. Ini masa yang sesuai (untuk bertindak)," katanya dalam sidang media bersama semalam.
 
Menurut beliau, kehadirannya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah atas prinsip keadilan sama sekali tidak menjejaskan parti.
 
Beliau juga tidak bimbang sekiranya parti akan mengambil tindakan terhadapnya kerana apa yang disuarakan adalah sama seperti mana yang difikirkan oleh kebanyakan rakyat.
 
"Walaupun masih berjawatan dalam parti, tidak jejas saya untuk lahirkan perasaan saya tentang perkara yang berlaku dalam negara.
 
"Hal yang berlaku melibatkan kepentingan rakyat, hak dan keadilan. Perkara ini perlu disuarakan kepada kepimpinan negara, kerajaan dan penguatkuasa apa yang dilakukan terhadap undang-undang negara," katanya.
 
AKAN MENYUSUL.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.