Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK LAMA LAGI SUNYILAH DARI MEMEKAKKAN

Kesunyian PM yang memekakkan

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa selepas pemecatan mengejutkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka telah diserang blog-blog misteri termasuk Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata adakah serangan ini dilakukan dek kerana keberanian mereka 'mengacau' kepentingan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apakah keberanian Bank Negara Malaysia untuk bertindak membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) terhadap pelaburan di luar negeri bernilai US$1.83 bilion (RM7.52 bilion).

"Sejurus Pejabat Peguam Negara mendapati pegawai-pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak membuat sebarang kenyataan palsu akan menghidupkan kembali serangan terhadap Tan Sri Zeti?

"Tanda-tanda serangan terhadap Tan Sri Zeti sudah kelihatan seperti yang disiarkan laman pro-Umno MyKMU.net, terutamanya tajuk sebuah artikel berbunyi “Perilaku Gabenor Bank Negara Berbahaya Kepada Ekonomi Negara”," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata namun, serangan terhadap Tan Sri Zeti tidak setajam blog-blog misteri sebelum ini.

Katanya ini mungkin hasil daripada teguran Majlis Raja-Raja terhadap 1MDB yang menuntut agar masalah 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

"Pas tidak menolak bahawa kemungkinan Tan Sri Zeti sudah diserang habis-habisan sekiranya tiada saranan Majlis Raja-Raja yang menggesa isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, katanya lagi, disamping memerhati gerak-geri serangan yang bakal dihadapi Tan Sri Zeti, kesunyian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan Bank Negara Malaysia dan saranan Majlis Raja-Raja terus mencetuskan tanda tanya dan memperkuatkan persepsi terhadap sikap tidak bertanggungjawab perdana menteri  terhadap 1MDB.

"Sebagai penghormatan, sepatutnya PM boleh membalas kepada Majlis Raja-Raja bahawa beliau sudah berjanji depan Umno dan rakyat pada 14 Jun 2015 bahawa masalah 1MDB akan selesai dalam 6 bulan.

"Dan jika dikira dari hari beliau berjanji, masalah 1MDB akan selesai dalam dua bulan lagi. PM juga boleh berjanji beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia dan memberi kuasa sepenuhnya kepada Pejabat Peguam Negara melakukan dakwaan mengikut saranan agensi siasatan yang terlibat dalam menyiasat 1MDB," katanya.

Ujarnya , namun sekiranya masalah 1MDB masih juga tidak selesai dalam masa dua bulan akan datang, PM boleh berjanji untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan atau Penasihat 1MDB umpamanya.

"Itu sikap bertanggungjawab yang sepatutnya dilakukan PM dan bukan dengan terus bersunyi," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.